Wednesday 29 July 2015

Syawal

Syawal dah menjelma!!!

Segalanya dah terlerai dengan ucapan maaf dan salam bersalaman! Namun, jiwa masih terusik dengan ketidakhadiran seseorang yang pernah hadir dalam hidup umee. Setia menunggu, namun masih tiada kesudahannya penantian ini.

Jiwa ini masih mengharapkan perhubungan seperti dulu-dulu!!! Dari kecil sehingga dewasa kami membesar bersama, tapi.. acapkali diri ini dipergunakannya. Namun, umee sekadar mengharapkan suatu keajaiban akan muncul!!! dari dulu, umee mengharapkan dia berubah dan sedar kesilapan yang dia lakukan- namun ianya hanya sekadar angan-angan kosong oleh hati sepi umee sahaja!

Seperti insan lain... umee hanya mengharapkan persahabatan ataupun hubungan kekeluargaan ini sentiasa mekar bukan kelam dimakan hari. Sebab, antara kita sama-sama akan meniti usia, dimakan usia. sampai bila akan begini? Sampai bila hati ini harus menidakkan keakraban kita dahulu?
mungkin masa yang meninggalkan kita, atau kita mengejar masa depan?

Perasaan ini gundah-gulana semenjak kita beralih-arah, doa ini, sering sahaja mengharapkan dia berubah, namun masih belum masa untuk merubah segalanya! kita tetap seperti sekarang, berpaling apabila menerjah.. menyekat tatkala ianya terbuka!!! Dia pernah menafikan hubungan kekeluargaan ini, tapi umee masih meng iyakan!!!

Dia pernah memalukan umee dikhalayak ramai kerana nafsu amarahnya yang melonjak, kerana keinginannya tidak dapat dilaksanakan... kerana misinya umee tidak pedulikan, namun umee penat!!! kerana, mengikut perasaan emosinya yang sering terganggu- dan mengganggu juga emosi keadaan sekeliling!

Dia selalu mendesak, dia terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada orang lain, dia juga selalu takut dianiaya orang sekeliling.. ini semua bukan salahnya!!!tetapi kerana sifatnya!!! Kadang-kala seringkali tidak disenangi orang sekeliling, tetapi itu suatu penganiayaan buat dirinya. Itu semua satu kecaman hebat dari orang lain untuk dirinya. Dia tidak sedia menerima teguran orang untuk dirinya, dia sering mengganggap orang yang tidak setuju dengan pendiriannya adalah orang yang ego, sombong, bongkak dan perasan bagus!!! Masya Allah, dia meletakkan dirinya di aura negatif!!! bilamana dia berfikiran negatif, aura negatif akan merayau2 dalam dirinya dan yang zahir juga seringkali negatif! Dia acapkali bertanyakan soalan "kenapa orang buat aku begini?" - "asyik-asyik aku yang salah..." -"semua dia je yang dapat, dia je yang bahagia, aku?" namun, jawapannya - sebab dia tak mahu berubah dan xboleh untuk orang mengubahnya!!!

Kami banyak kali bersalam-salaman, bermaaf-maafan tetapi seringkali bertengkar masalah yang sama! Bila umee diam, dia mengandaikan umee sombong, dah kaya-berlagak, xmahu berkawan dengan dia lagi.. oppps, selalu andaian begitu memusnahkan kehidupan kita kan!!! dia silap, umee mengundur diri kerana tidak mahu amarah hati ini berpanjangan dengan sikapnya. Umee cuma ingin meredakan tindakannya yang sering menujah dan menikam memakan diri ini. Kerana, bila umee tersentap, mungkin baginya biasa2 sahaja, dia xbuat apa2!!! tapi, bilamana dia tersentap- dia menyalahkan umee punca segala-galanya!!! umee menyentap perasaannya dari kecil sehingga dewasa!! (wahhh- dari dulu???) dan umee menganiayanyaaa!!!

Tapi, bagaimana yang omongannya pada sekelian alam tentang keburukan umee??? Ramai yang hadir menceritakan keadaan sebenar, siapa dia dalam cerita itu.. dia segalanya yang baik2 dan umee sahaja yang menganiaya!!!

Acapkali umee ditegur keluarga kenapa masih rapat dengannya, umee memberi alasan yang umee sekadar berkawan santai, namun hakikatnya bila mana umee tersentap dengan perlakuannya, keluarga menuding jari mengatakan umee degil!!! dimana lagi hati ini untuk menanggung segala cemuhannya di belakang umee!!! kita menolong dikatakan menipu, namun..sehingga kini apa yang kita tolong tidak pernah dibalasnya dengan ucapan terima kasih!!!!namun, desakan demi desakan dan cemuhan dilontarkan!!! segala pertolongan yang kita mohon, satu bebanan buat dia!!!

seringkali aduan orang sekeliling, dia tidak pernah menghargai orang lain, dia selalu berperasangka dengan keadaan, dia tidak mahu bertolak ansur walau selangkah!!! namun, hati ini menidakkan- umee menceritakan padanya, agar dia berubah..namun umee dipersalahkan kerana memburukkannya!!! secara jujur-jujurnya, umee mengharapkan dia berubah suatu masa nanti!!!

Dia sudah bahagia, dia sudah dapat apa yang diharapkan selama ini, dia sudah pun pergi jauh dari diri ini, namun dia terlupa satu perkara...hati ini tidak pernah merelakan perpisahan dan kedinginan ini, doa umee saban hari agar dia dilimpahi rahmat Allah swt dan hidayah Allah swt.

Melangkah hati ini,
berlari hatinya...
segumpal doa ini,
leraian diperjalanan kehidupannya!!!

salam sayang dari umee untuknya!!! harapan umee juga, agar kita dapat melalui kehidupan dunia ini seperti dahulu dan sehingga ke akhir masa kita di dunia ini. Tapi kerana apa?

*kerana dia kawan sewaktu kecil umee, dia yang umee kenal sejak diri ini kenal dunia...

No comments:

Post a Comment