Wednesday 29 July 2015

Syawal

Syawal dah menjelma!!!

Segalanya dah terlerai dengan ucapan maaf dan salam bersalaman! Namun, jiwa masih terusik dengan ketidakhadiran seseorang yang pernah hadir dalam hidup umee. Setia menunggu, namun masih tiada kesudahannya penantian ini.

Jiwa ini masih mengharapkan perhubungan seperti dulu-dulu!!! Dari kecil sehingga dewasa kami membesar bersama, tapi.. acapkali diri ini dipergunakannya. Namun, umee sekadar mengharapkan suatu keajaiban akan muncul!!! dari dulu, umee mengharapkan dia berubah dan sedar kesilapan yang dia lakukan- namun ianya hanya sekadar angan-angan kosong oleh hati sepi umee sahaja!

Seperti insan lain... umee hanya mengharapkan persahabatan ataupun hubungan kekeluargaan ini sentiasa mekar bukan kelam dimakan hari. Sebab, antara kita sama-sama akan meniti usia, dimakan usia. sampai bila akan begini? Sampai bila hati ini harus menidakkan keakraban kita dahulu?
mungkin masa yang meninggalkan kita, atau kita mengejar masa depan?

Perasaan ini gundah-gulana semenjak kita beralih-arah, doa ini, sering sahaja mengharapkan dia berubah, namun masih belum masa untuk merubah segalanya! kita tetap seperti sekarang, berpaling apabila menerjah.. menyekat tatkala ianya terbuka!!! Dia pernah menafikan hubungan kekeluargaan ini, tapi umee masih meng iyakan!!!

Dia pernah memalukan umee dikhalayak ramai kerana nafsu amarahnya yang melonjak, kerana keinginannya tidak dapat dilaksanakan... kerana misinya umee tidak pedulikan, namun umee penat!!! kerana, mengikut perasaan emosinya yang sering terganggu- dan mengganggu juga emosi keadaan sekeliling!

Dia selalu mendesak, dia terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada orang lain, dia juga selalu takut dianiaya orang sekeliling.. ini semua bukan salahnya!!!tetapi kerana sifatnya!!! Kadang-kala seringkali tidak disenangi orang sekeliling, tetapi itu suatu penganiayaan buat dirinya. Itu semua satu kecaman hebat dari orang lain untuk dirinya. Dia tidak sedia menerima teguran orang untuk dirinya, dia sering mengganggap orang yang tidak setuju dengan pendiriannya adalah orang yang ego, sombong, bongkak dan perasan bagus!!! Masya Allah, dia meletakkan dirinya di aura negatif!!! bilamana dia berfikiran negatif, aura negatif akan merayau2 dalam dirinya dan yang zahir juga seringkali negatif! Dia acapkali bertanyakan soalan "kenapa orang buat aku begini?" - "asyik-asyik aku yang salah..." -"semua dia je yang dapat, dia je yang bahagia, aku?" namun, jawapannya - sebab dia tak mahu berubah dan xboleh untuk orang mengubahnya!!!

Kami banyak kali bersalam-salaman, bermaaf-maafan tetapi seringkali bertengkar masalah yang sama! Bila umee diam, dia mengandaikan umee sombong, dah kaya-berlagak, xmahu berkawan dengan dia lagi.. oppps, selalu andaian begitu memusnahkan kehidupan kita kan!!! dia silap, umee mengundur diri kerana tidak mahu amarah hati ini berpanjangan dengan sikapnya. Umee cuma ingin meredakan tindakannya yang sering menujah dan menikam memakan diri ini. Kerana, bila umee tersentap, mungkin baginya biasa2 sahaja, dia xbuat apa2!!! tapi, bilamana dia tersentap- dia menyalahkan umee punca segala-galanya!!! umee menyentap perasaannya dari kecil sehingga dewasa!! (wahhh- dari dulu???) dan umee menganiayanyaaa!!!

Tapi, bagaimana yang omongannya pada sekelian alam tentang keburukan umee??? Ramai yang hadir menceritakan keadaan sebenar, siapa dia dalam cerita itu.. dia segalanya yang baik2 dan umee sahaja yang menganiaya!!!

Acapkali umee ditegur keluarga kenapa masih rapat dengannya, umee memberi alasan yang umee sekadar berkawan santai, namun hakikatnya bila mana umee tersentap dengan perlakuannya, keluarga menuding jari mengatakan umee degil!!! dimana lagi hati ini untuk menanggung segala cemuhannya di belakang umee!!! kita menolong dikatakan menipu, namun..sehingga kini apa yang kita tolong tidak pernah dibalasnya dengan ucapan terima kasih!!!!namun, desakan demi desakan dan cemuhan dilontarkan!!! segala pertolongan yang kita mohon, satu bebanan buat dia!!!

seringkali aduan orang sekeliling, dia tidak pernah menghargai orang lain, dia selalu berperasangka dengan keadaan, dia tidak mahu bertolak ansur walau selangkah!!! namun, hati ini menidakkan- umee menceritakan padanya, agar dia berubah..namun umee dipersalahkan kerana memburukkannya!!! secara jujur-jujurnya, umee mengharapkan dia berubah suatu masa nanti!!!

Dia sudah bahagia, dia sudah dapat apa yang diharapkan selama ini, dia sudah pun pergi jauh dari diri ini, namun dia terlupa satu perkara...hati ini tidak pernah merelakan perpisahan dan kedinginan ini, doa umee saban hari agar dia dilimpahi rahmat Allah swt dan hidayah Allah swt.

Melangkah hati ini,
berlari hatinya...
segumpal doa ini,
leraian diperjalanan kehidupannya!!!

salam sayang dari umee untuknya!!! harapan umee juga, agar kita dapat melalui kehidupan dunia ini seperti dahulu dan sehingga ke akhir masa kita di dunia ini. Tapi kerana apa?

*kerana dia kawan sewaktu kecil umee, dia yang umee kenal sejak diri ini kenal dunia...

Monday 6 July 2015

Mencari lailatulqadar vs menerima qada' dan qadar Allah...

Malam lailatulqadar akan berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan!!!
Bila sebut 10 malam terakhir, bermakna ramadhan jua akan berakhir... Namun, dimana kita dalam bulan ramadhan ini?  Masih mencari dan teruskan pencarian atau menangguhkan pencarian? Walau apa jua yg kita kejar... semoga ramadhan kita tidak ketinggalan dan berdoalah agar kita akan ketemu ramadhan yv akan datang!!!

Umee,
Mencari lailatulqadar didalam keredhaan menerima qada' da n qadar Allah swt...

Ya, umee disini menghitung setiap saat untuk dibawa ke dewan bedah! Ianya hanya sikit dan masih boleh dikira minor operation! Tetapi infact...ianya major operation bagi para mediks!!!

Umee terima qada' n qadar Allah ini dan mengganggap ianya kecil untuk meringankan sedikit mainan perasaan yg telah diamuk kencang sejak beberapa hari yg lalu!!! Sedikit bagi pemahaman umee sebagai insan kerdil di muka bumi Allah ini. Sebab, ianya hanya membuang ketulan batu di tepi telinga. Walau bagaimanapun, ianya besar dan mempunyai risiko yg tersendiri!!! Tapi, siapa kita untuk memandai2 dalam qada' n qadar Allah swt ni?... jika rezeki diizinkan wajah ini kekal begini, alhamdulillah!!! Dan jika ditakdirkan jika wajah ini berubah daripada asal... ya, juga alhamdulillah!!!

Sebab apa? Sebab Allah swt yg mengkehendakkan ianya terjadi pada diri umee... kita tiada hak untuk mempersoalkan kerja Allah swt. Yg umee harapkan, supaya umee terus tabah dalam setiap yg diperuntukkan untuk umee!!! Semoga umee kuat dan semoga segalanya berjalan dengan lancar!!!

Dan umee juga berharap agar umee didalam golongan org yang bersyukur atas apa jua keadaan. Dan tak lupa juga... umee masih mengharapkan, agar umee masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ini lagi dan masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan lepas dan meneruskan melakukan semua kebaikan atas setiap saat yg umee lalui selepas ini.. in shaa allah...

#bersyukur #redha #iniTakdirku #husnuzon

Salam sayang,
Umee....

Saturday 4 July 2015

Rezeki datang tanpa diduga

Konteks memberi yang diamukkan dengan pelbagai penjuru!!! Namun, tanpa disedari dan tanpa diduga..ianya menjadi begitu sinonim dengan hal yg menerima... dengan kaedah peribahasa yg sangat mudah seperti- siapa memberi ia akan mendapat ganjarannya!!! Itu dalam psikologi Islam dan adat kita yg melayu, namun jangan dilupa... pemahaman ini bukan sahaja dipercayai oleh agama kita (islam) malah, ia juga digunapakai oleh penganut agama lain dengan bahasa mudah: what u give, u gt back!!! Its so simple dimple!!!

Mulakan dengan memberi... banyakkan memberi!!! Lingkungan memberi lebih hebat daripada lingkungan menerima... dan, jangan pula kita senang lenang nak mengharapkan balasan bila sudah memberi!!! Beri lah dengan ikhlas dan berilah dengan niat kerana Allah... in shaa allah!!!!

Janji Allah ini luas!!! Allah memberi dengan seribu nikmat atas pemberian kita yg kadang kala sebesar zarah... percayalah pada janji Allah.

Penilaiannya mudah sahaja..."Bukan dengan siapa kita kena memberi, tetapi siapa kita untuk tidak memberi!!!" Soalkan pada diri sendiri... bukan kita sibuk nak pertikaikan siapa layak dan siapa xlayak untuk diberi...

Memberi juga banyak kategori..bukan sekadar barang, harta, wang ringgit... namun segala skop yg bernilai memberi dan menerima itu juga dikira memberi!!!! Ilmu juga patut diberi!!!! So, konteks memberi ini sangat mudah... anda memberi, anda juga menerima!!!

Ingat ye, tiada istilah muflis dalam konteks memberi ni. Semakin tinggi dan banyak pemberian anda, semakin tinggi value kehidupan anda!!! Hidup ini xlama, singkat cuma!!! Berbaik lah sesama kita, pasti hidup kita dipermudahkan...

Salam sayang-pertengahan ramadhan!!!love u alll

Umee...