Tuesday 27 October 2015

Untungnya Anak Nakal dan Aktif!!!

assalamualaikum wbt
selamat pagi rabu yang ceriaaa

pagi ni, umee saje testing luangkan masa untuk berblogger lagi!!! hihihi.. lama na tinggalkan blog ni susah jugak kan!!!

ok, selamat tahun baru hijrah untuk semua umat islam. Semoga tahun baru yang akan kita lalui ini..akan bertambah berkat dan bertambah rezekinya..-aamiin...


by the way.. entry kali ni, umee nak sharing2 lah cerita-ceriti pasal anak-anak kita ni! Anak-anak adalah anugerah terindah yang kita miliki. Zaman kecil ini lah, zaman dimana kita boleh mencorak mereka untuk jadi apa bila dah besar nanti!!! Mengikut kajian, setiap tahun yang berlalu itu, mempunyai masa-masa tertentu perkembangan mereka! so, siapa yang kena alert? siapa yang kena pantau setiap perkembangan anak itu? -kita lah kan, sebagai ibu dan ayah mereka...
Jangan biarkan masa kecil mereka terbiar begitu sahaja tanpa sebarang kasih-sayang kita, tanpa perhatian kita (kerana terlalu leka dengan kerjaya dan tugas seharian kita.)

Anak-anak yang sedang meningkat usianya dari tahun ke tahun adalah suatu perkembangan baru dalam diri mereka!!! Semua benda yang mereka lakukan adalah atas penerokaan mereka tentang dunia kita.. Mereka belajar dari mata! Mereka melihat apa yang kita lakukan seharian!!! Mereka membesar dengan suasana yang kita ciptakan. Dan... otak mereka mentafsir segala yang kita dedahkan dan akal mereka mengajar mereka tentang apa yang mereka nampak dan dengar!!! so, wujudlah satu proses pembelajaran dimana mereka mengganggap segalanya adalah teori dan amali supaya mereka faham dan dapat menyesuaikan diri di sezaman kita.

Bagi mereka, "jika ibu ayah aku buat, aku pun ingin buat dan cuba buat!!" sebab itulah.. seringkali kita lihat anak mengulang-tayang apa yang kita sendiri lakukan pada mereka, pada adik, abang, kakak mereka.. bahkan lebih teruk..mereka juga melihat bagaimana kita lakukan perkara apa-apa sahaja dengan ibu-bapa kita (nenek-datuk mereka..) nah!!! besar tak impaknya??? dan ada masa dan ketikanya, kita seringkali bertanya pada diri sendiri ataupun bercerita dengan kawan-kawan kita yang anak-anak kita pandai itu, pandai ini, tiru itu..tiru ini dan cakap itu serta cakap ini..persoalannya "dari mana mereka belajar???"... 

Yaaaa... itulah jawapannya!!!, sejak hari pertama mereka dilahirkan lagi, mereka sudah mula meneroka dan belajar tentang keadaan sekeliling!!! bahkan lebih ajaib..mereka sebenarnya juga belajar daripada dalam perut kita!!! -percaya atau tidak, memang kita kena percaya...
Tu sebab, Islam suruh kita banyakkan berzikir, banyakkan buat benda baik, banyakkan mengaji Al-Quran.. sebab apa? sebab anak yang dalam perut kita tu!! -sebab anak yang dalam perut kita tu sedang belajar!!! sedang mengenali siapa ibu-ayah mereka, dan itu lah mereka bila sudah keluar!!!

Berbalik pada cerita anak kita ni...
Anak-anak kita memangggg lasak, memang aktif dan kadang kala memang menguji keimanan kita sebagai ibu dan ayah mereka!!! Umee juga, kadang-kala merungut bila mana emosi mengawal diri, persekitaran diluar kawal... sudahnya, anak menjadi mangsa!!! kemudian, menyesal sebab hal kecik, benda kecik yang anak ingin tahu, umee xdapat nak selesaikan... xdapat nak kawal keadaan dan xdapat nak tunjukkan sikap positif dalam diri anak itu!

Secara umumnya, umee juga manusia biasa yang sering sangat melakukan kesilapan demi kesilapan. Dan, disebabkan itu lah, umee cuba belajar dan terus belajar untuk mengurangkan kesilapan dan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Caranya mudah, kita sebagai ibu-ayah ni, perlu dan harus menggali ilmu kekeluargaan, ilmu parenting (ilmu keibu-bapaan)... belajarlah, selamilah, carilah seminar (jika berkemampuan..), jika tidak, cari buku... paling tidak pun..banyakkan mendengar program-program ilmiah di televisyen, radio dan juga internet!! banyak sangat kaedah untuk kita menuntut ilmu zaman moden ni, antara mahu atau tidak mahu sahaja!!!

Anak-anak memang nakal! sebab mereka sedang bereksperimentasi dengan alam mereka. Mereka mencuba sebab mereka ingin meneroka dan mereka membuat sesuatu perkara mesti bersebab!!! Cuba tanya mereka..apa mereka sedang lakukan, dan ingin mereka lakukan sebenarnya???" sudah pasti jawapan mereka, akan membuatkan kita merasa kagum atau kita sendiri tertanya-tanya 'bagaimana anak aku seusia ini, mampu berfikir seperti orang dewasa...' - tak terjangka kan? tapi, itulah anak-anak kita... mereka seringkali membuat suprise untuk kita.. cuma kita sabar atau pun tidak sabar dengan tindakan mereka itu!!

Pandangan umee..biarkannnnn... biarkannnnn.... biarkannnnn.... biarkan mereka bereksperimentasi dengan dunia mereka. sebab, daripada eksperimen mereka tadi, mereka dapat jawapan untuk persoalan mereka sendiri dan kadang-kala persoalan kita juga!! dan, daripada situ lah...kita tahu tahap mana kemampuan anak-anak kita, kreativiti anak-anak kita dan perkembangan sel-sel otak mereka!!!

Mereka buat semua benda, mereka usik semua benda sebab mereka NAK TAHU!!! bila mereka tahu, mereka dah tidak buat... dan bila mana mereka main, mereka seronok serta mereka meneroka pula untuk menggubah sesuatu mengikut perspektif mereka!!!!! dari situ sel-sel otak mereka berhubung dan dari situ perkembangan otak mereka bermula. 

Jangan sesekali kata TIDAK!!!, NO!!!, JANGAN!!! sebab semuanya akan terencat disitu dan percayalah, keyakinan anak anda semakin hari semakin merudum dengan 3 perkataan negatif itu!!! Jangan salahkan sesiapa jika anak-anak kita tidak pandai itu, tidak pandai ini... banyak perkara yang berkait untuk isu keyakinan diri ini!!! (nanti ada masa, umee kupaskan isu keyakinan diri anak-anak ni ye..) cuma, tu lah, umee memang amat sarankan ibu-bapa menghadiri kelas keibu-bapaan. Ianya sangat-sangat berguna untuk kita mendidik anak-anak zaman sekarang ni!!! Umee juga sedang belajar, dan juga belajar daripada pengalaman, so...umee manfaatkan disini! 

*****************************************************

*Gambar di atas, umee tidak menyangka yang mereka mampu membuat rumah kecil mereka untuk mereka bermain! Mula-mula tu, umee memang nak marah, sebab mereka main bantal2, main selimut, selerakkk... serabuttt!!!!! tetapi, bila mereka pergi ke sekolah.. umee menghargai usaha mereka!! umee bangga mempunyai anak selincah mereka2.. umee bersyukur sebab mereka kreatif dan berinovasi!!! ini, satu langkah kedepan yang menunjukkan anak2 ini bijak!!! ya, anak-anak umee bijakkk.. -ANAK-ANAK KITA BIJAK, ANAK ANDA JUGA BIJAK....

So, jadilah ibu-bapa yang bijak juga!!! Hargai usaha mereka, Bantu perbetulkan kesilapan mereka dan sama-sama dengan mereka untuk meneroka dunia ini dengan berlandaskan iman, amal dan taqwa!!!

*semoga mereka menjadi anak-anak yang pandai, bijak serta berdikari untuk agama, bangsa dan negaraaaaa...!!!

Sunday 4 October 2015

Bersihkan Habuk...

Assalamualaikum

Selamat Malam!
Apa benda yg bersihkan habuk tu ye? huhuhu, dah berhabuk blog umee ni.. 
tak dibuka-buka berkurun lamanya!!! Umee bz yang teramat! tak sempat nak uruskan masa dengan bijak lagi. Hentam kromo, janji perkara yang patut diselesaikan... dapat diselesaikan dengan sempurna. 

Yang agak xbeberapa penting tu, kita buat perlahan-lahan dan bila ada masa lapang. Ermmm, bukan lah umee cakap ber-blogger ni xpenting, tapi.. umee ada yang lebih penting dari blog ni!!! Lagipulak, masa berlalu begitu pantas. Sekejap je dah hari rabu, sekejap je dah hari minggu. Hari minggu pula, ada tak ada masa, umee kena luangkan juga masa bersama anak-anak dan suami! Gotong-royong ke, bersihkan rumah ke! Apa-apalah... untuk aktiviti bersama famili ni.

Umee sekarang...
adalah seorang surirumah tangga merangkap bisnes woman secara kecil-kecilan! Agak mencabar dunia yang umee lalui sekarang, tapi, umee enjoyyyy... Secara jujurnya, ada masa umee boleh menangis, ada masa umee boleh stressssss, dan ada masa...umee boleh menghargai apa yg sedang umee lalui sekarang ini.

Sangat mencabar hidup sebagai surirumah bekerjaya ni. Tapi, umee tanamkan azam!!! umee cakap, kuat dan umee suka hidup yg berombak ni, barulah rare kannn!!! apalah rasa... kalau hari-hari yang kita lalui tu, sama sahaja setiap hari... dan lebih tepat lagi, berjalan sahaja..tanpa jatuh-jatuh!!! Sesekali kita kena rasa juga jatuh ni, baru ada umppph.. 

So umee sangat-sangat bersyukur! sebab umee dapat besarkan anak depan mata dan tengok mr.asben umee 24 hours..(haha.. mengarut lah) - umee rasa, semenjak umee jadi surirumah bekerjaya ni, lagi jarang nak spent time bersama kot!!! yelah, dia sibuk bengkel kereta dia -umee sibuk design umee. setakat jalan laga2 bahu je lah...(bukan sibuk kerja sangat, tapi kami berdua memang kena sangat-sangggat bekerja untuk 5 mulut di rumah ni).

Anak-anak pergi sekolah dan balik sekolah dalam pemerhatian kami, pakai-makan anak kita yang sediakan, dan yang paling berharga-kita dapat solat berjemaah bersama anak-anak syurga dan suami! Umee, lebihkan hal rumahtangga daripada hal bisness! sebab, bila dirumah, tanggungjawab tu semakin bertambah bilamana semuanya depan mata! kalau nak buat-buat tak nampak tu... aishhh sakit mata rasanya! tapi bila nampak dan uruskan hal rumah... sakit telinga pulak -bila customer bising mana design, mana artwork, mana itu.. mana ini.. argggghhhh!!! hampir pengsan jugalah memula handle tanggungjawab sebagai surirumah bekerjaya ni! tapi, lama kelamaan, dapatlah umee balance kan masa tu sedikit demi sedikit. Yang banyak membantu juga, en asben yg selalu memberi kata-kata sakit hati kan!!! -dia cakap memang sakit hati, tapi sebenarnya itu realiti! 

okaylah, umee lap habuk sedikit sajalah malam ni, sebab nak lap habuk kat tilam pulak kan (hihihi).. so, semoga umee diberi kesempatan masa esok atau lusa untuk umee meng-update balik ilmu-ilmu yang bermanfaat ataupun kongsikan perkara yang bermanfaat dalam blog umee ni!

Bila dihitung saat dan ketika kita dalam dunia ni, hanya cebisan kecil sahaja baki sisa hidup yang tinggal, entahkan esok, lusa kita sudah berada dalam dunia yang lain.. Nah, jika tiada memberi ruang masa untuk satu perkongsiaan, bila masa lagi kita akan berkesempatan kan? so, gunakanlah masa yang ada ni, untuk memanfaatkan kehidupan kita yang sementara ini! Mungkin diri yang pendosa ini akan dapat juga menjejakkan kaki ke syurga Allah, dengan perkongsian yang tak seberapa disini.

salam sayang
-umee

Wednesday 29 July 2015

Syawal

Syawal dah menjelma!!!

Segalanya dah terlerai dengan ucapan maaf dan salam bersalaman! Namun, jiwa masih terusik dengan ketidakhadiran seseorang yang pernah hadir dalam hidup umee. Setia menunggu, namun masih tiada kesudahannya penantian ini.

Jiwa ini masih mengharapkan perhubungan seperti dulu-dulu!!! Dari kecil sehingga dewasa kami membesar bersama, tapi.. acapkali diri ini dipergunakannya. Namun, umee sekadar mengharapkan suatu keajaiban akan muncul!!! dari dulu, umee mengharapkan dia berubah dan sedar kesilapan yang dia lakukan- namun ianya hanya sekadar angan-angan kosong oleh hati sepi umee sahaja!

Seperti insan lain... umee hanya mengharapkan persahabatan ataupun hubungan kekeluargaan ini sentiasa mekar bukan kelam dimakan hari. Sebab, antara kita sama-sama akan meniti usia, dimakan usia. sampai bila akan begini? Sampai bila hati ini harus menidakkan keakraban kita dahulu?
mungkin masa yang meninggalkan kita, atau kita mengejar masa depan?

Perasaan ini gundah-gulana semenjak kita beralih-arah, doa ini, sering sahaja mengharapkan dia berubah, namun masih belum masa untuk merubah segalanya! kita tetap seperti sekarang, berpaling apabila menerjah.. menyekat tatkala ianya terbuka!!! Dia pernah menafikan hubungan kekeluargaan ini, tapi umee masih meng iyakan!!!

Dia pernah memalukan umee dikhalayak ramai kerana nafsu amarahnya yang melonjak, kerana keinginannya tidak dapat dilaksanakan... kerana misinya umee tidak pedulikan, namun umee penat!!! kerana, mengikut perasaan emosinya yang sering terganggu- dan mengganggu juga emosi keadaan sekeliling!

Dia selalu mendesak, dia terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada orang lain, dia juga selalu takut dianiaya orang sekeliling.. ini semua bukan salahnya!!!tetapi kerana sifatnya!!! Kadang-kala seringkali tidak disenangi orang sekeliling, tetapi itu suatu penganiayaan buat dirinya. Itu semua satu kecaman hebat dari orang lain untuk dirinya. Dia tidak sedia menerima teguran orang untuk dirinya, dia sering mengganggap orang yang tidak setuju dengan pendiriannya adalah orang yang ego, sombong, bongkak dan perasan bagus!!! Masya Allah, dia meletakkan dirinya di aura negatif!!! bilamana dia berfikiran negatif, aura negatif akan merayau2 dalam dirinya dan yang zahir juga seringkali negatif! Dia acapkali bertanyakan soalan "kenapa orang buat aku begini?" - "asyik-asyik aku yang salah..." -"semua dia je yang dapat, dia je yang bahagia, aku?" namun, jawapannya - sebab dia tak mahu berubah dan xboleh untuk orang mengubahnya!!!

Kami banyak kali bersalam-salaman, bermaaf-maafan tetapi seringkali bertengkar masalah yang sama! Bila umee diam, dia mengandaikan umee sombong, dah kaya-berlagak, xmahu berkawan dengan dia lagi.. oppps, selalu andaian begitu memusnahkan kehidupan kita kan!!! dia silap, umee mengundur diri kerana tidak mahu amarah hati ini berpanjangan dengan sikapnya. Umee cuma ingin meredakan tindakannya yang sering menujah dan menikam memakan diri ini. Kerana, bila umee tersentap, mungkin baginya biasa2 sahaja, dia xbuat apa2!!! tapi, bilamana dia tersentap- dia menyalahkan umee punca segala-galanya!!! umee menyentap perasaannya dari kecil sehingga dewasa!! (wahhh- dari dulu???) dan umee menganiayanyaaa!!!

Tapi, bagaimana yang omongannya pada sekelian alam tentang keburukan umee??? Ramai yang hadir menceritakan keadaan sebenar, siapa dia dalam cerita itu.. dia segalanya yang baik2 dan umee sahaja yang menganiaya!!!

Acapkali umee ditegur keluarga kenapa masih rapat dengannya, umee memberi alasan yang umee sekadar berkawan santai, namun hakikatnya bila mana umee tersentap dengan perlakuannya, keluarga menuding jari mengatakan umee degil!!! dimana lagi hati ini untuk menanggung segala cemuhannya di belakang umee!!! kita menolong dikatakan menipu, namun..sehingga kini apa yang kita tolong tidak pernah dibalasnya dengan ucapan terima kasih!!!!namun, desakan demi desakan dan cemuhan dilontarkan!!! segala pertolongan yang kita mohon, satu bebanan buat dia!!!

seringkali aduan orang sekeliling, dia tidak pernah menghargai orang lain, dia selalu berperasangka dengan keadaan, dia tidak mahu bertolak ansur walau selangkah!!! namun, hati ini menidakkan- umee menceritakan padanya, agar dia berubah..namun umee dipersalahkan kerana memburukkannya!!! secara jujur-jujurnya, umee mengharapkan dia berubah suatu masa nanti!!!

Dia sudah bahagia, dia sudah dapat apa yang diharapkan selama ini, dia sudah pun pergi jauh dari diri ini, namun dia terlupa satu perkara...hati ini tidak pernah merelakan perpisahan dan kedinginan ini, doa umee saban hari agar dia dilimpahi rahmat Allah swt dan hidayah Allah swt.

Melangkah hati ini,
berlari hatinya...
segumpal doa ini,
leraian diperjalanan kehidupannya!!!

salam sayang dari umee untuknya!!! harapan umee juga, agar kita dapat melalui kehidupan dunia ini seperti dahulu dan sehingga ke akhir masa kita di dunia ini. Tapi kerana apa?

*kerana dia kawan sewaktu kecil umee, dia yang umee kenal sejak diri ini kenal dunia...

Monday 6 July 2015

Mencari lailatulqadar vs menerima qada' dan qadar Allah...

Malam lailatulqadar akan berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan!!!
Bila sebut 10 malam terakhir, bermakna ramadhan jua akan berakhir... Namun, dimana kita dalam bulan ramadhan ini?  Masih mencari dan teruskan pencarian atau menangguhkan pencarian? Walau apa jua yg kita kejar... semoga ramadhan kita tidak ketinggalan dan berdoalah agar kita akan ketemu ramadhan yv akan datang!!!

Umee,
Mencari lailatulqadar didalam keredhaan menerima qada' da n qadar Allah swt...

Ya, umee disini menghitung setiap saat untuk dibawa ke dewan bedah! Ianya hanya sikit dan masih boleh dikira minor operation! Tetapi infact...ianya major operation bagi para mediks!!!

Umee terima qada' n qadar Allah ini dan mengganggap ianya kecil untuk meringankan sedikit mainan perasaan yg telah diamuk kencang sejak beberapa hari yg lalu!!! Sedikit bagi pemahaman umee sebagai insan kerdil di muka bumi Allah ini. Sebab, ianya hanya membuang ketulan batu di tepi telinga. Walau bagaimanapun, ianya besar dan mempunyai risiko yg tersendiri!!! Tapi, siapa kita untuk memandai2 dalam qada' n qadar Allah swt ni?... jika rezeki diizinkan wajah ini kekal begini, alhamdulillah!!! Dan jika ditakdirkan jika wajah ini berubah daripada asal... ya, juga alhamdulillah!!!

Sebab apa? Sebab Allah swt yg mengkehendakkan ianya terjadi pada diri umee... kita tiada hak untuk mempersoalkan kerja Allah swt. Yg umee harapkan, supaya umee terus tabah dalam setiap yg diperuntukkan untuk umee!!! Semoga umee kuat dan semoga segalanya berjalan dengan lancar!!!

Dan umee juga berharap agar umee didalam golongan org yang bersyukur atas apa jua keadaan. Dan tak lupa juga... umee masih mengharapkan, agar umee masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ini lagi dan masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan lepas dan meneruskan melakukan semua kebaikan atas setiap saat yg umee lalui selepas ini.. in shaa allah...

#bersyukur #redha #iniTakdirku #husnuzon

Salam sayang,
Umee....

Saturday 4 July 2015

Rezeki datang tanpa diduga

Konteks memberi yang diamukkan dengan pelbagai penjuru!!! Namun, tanpa disedari dan tanpa diduga..ianya menjadi begitu sinonim dengan hal yg menerima... dengan kaedah peribahasa yg sangat mudah seperti- siapa memberi ia akan mendapat ganjarannya!!! Itu dalam psikologi Islam dan adat kita yg melayu, namun jangan dilupa... pemahaman ini bukan sahaja dipercayai oleh agama kita (islam) malah, ia juga digunapakai oleh penganut agama lain dengan bahasa mudah: what u give, u gt back!!! Its so simple dimple!!!

Mulakan dengan memberi... banyakkan memberi!!! Lingkungan memberi lebih hebat daripada lingkungan menerima... dan, jangan pula kita senang lenang nak mengharapkan balasan bila sudah memberi!!! Beri lah dengan ikhlas dan berilah dengan niat kerana Allah... in shaa allah!!!!

Janji Allah ini luas!!! Allah memberi dengan seribu nikmat atas pemberian kita yg kadang kala sebesar zarah... percayalah pada janji Allah.

Penilaiannya mudah sahaja..."Bukan dengan siapa kita kena memberi, tetapi siapa kita untuk tidak memberi!!!" Soalkan pada diri sendiri... bukan kita sibuk nak pertikaikan siapa layak dan siapa xlayak untuk diberi...

Memberi juga banyak kategori..bukan sekadar barang, harta, wang ringgit... namun segala skop yg bernilai memberi dan menerima itu juga dikira memberi!!!! Ilmu juga patut diberi!!!! So, konteks memberi ini sangat mudah... anda memberi, anda juga menerima!!!

Ingat ye, tiada istilah muflis dalam konteks memberi ni. Semakin tinggi dan banyak pemberian anda, semakin tinggi value kehidupan anda!!! Hidup ini xlama, singkat cuma!!! Berbaik lah sesama kita, pasti hidup kita dipermudahkan...

Salam sayang-pertengahan ramadhan!!!love u alll

Umee...

Saturday 13 June 2015

Istikharah Kais @ Suap

Kali ni entry umee agak pelik sikit kan? by the way
assalamualaikum dan selamat petang...

Dah minum petang? hujan2 ni memang syok minum kopi panas2 dan buat pulak cucur ikan bilis!!! ermmm selingan aje.

ok, back to the topic - kisah kais xhabis lagi! kali ni kita alih angin sikit..cerita pasal kais atau suap.
Sebab, umee rasa terpanggil nak buat entry kali ni atas alasan memenuhi janji2 umee kat kawan2 umee yg bertanya tentang soalan nak berhenti kerja. Umee dah janji dengan kawan umee sorang lagi ni dah dekat seminggu kot.. huhu, xtertunai lagi! al-maklumlah, cuti sekolah!!!

Ada yg xsetuju dengan entry kais dan suap ni!!! diorang cakap, "kami makan gaji, bukan kena suap pun!!!" alalalalala dan lahhhhh... jangan lah cepat melenting. Itu cuma tajuk entry umee je. Umee rasa bagi yang bekerja sendiri... dia akan cari - baru dapat hasilnya! tapi bagi yg bekerja makan gaji, dia juga bekerja dan cukup bulan dapat gaji!!! begitulah seterusnya..walaupun ada ketika ada masa dia tidak melakukan kerja tu, dia tetap akan dapat habuan yang sama setiap hujung bulan..so, bukan ke itu suap??? ishh what everlah! tapi itu pendapat umee. sebab umee juga pernah makan gaji, dan sekarang kais gaji!!! huhuhu... nampak macam sama, tapi lain sebenarnya!

Bukan umee nak cakap kerja makan gaji ni xbagus!! tidak sama sekali dan umee xpernah ada prinsip begitu dalam hidup umee. cuma, bagi umee... makan gaji ke, kais gaji ke... yang penting attitude kita dalam pekerjaan tu sendiri! dan, masing-masing ada profesion dalam kerjaya masing-masing.

Secara jujurnya, umee bukan ahli "MLM" yang terlalu taksub mencari orang dan ghairah menjual produk sehingga menidakkan hak orang lain dan juga menindas emosi orang lain demi untuk kepentingan dan keuntungan umee semata-mata! dan umee juga tidak pernah keluarkan perkataan "orang makan gaji, xkan rasa gaji seperti kami yang bisnes ni!!!" huuuiiih xpernah sama sekali tau.
Sebab apa? - sebab masing-masing ada hak tersendiri untuk kehidupan yg mereka selesa! Dulu, umee selesa dengan makan gaji, sebab umee suka duduk di office, buat kerja- balik.. buat kerja -balik sampai satu tahap, umee ni asyik fikir pasal kerja dan sanggup jadi kuli orang dan kayakan orang!!! 

kawan-kawan yang dah start join MLM, ada yg cakap umee ni b***h sebab kayakan boss umee dan jadi hamba orang! what ever lah, korang nak cakap apa...umee memang dengan cara umee untuk masa depan umee. umee rasa puas dengan apa yg umee lakukan dan dengan duit yg umee dapat tiap-tiap bulan tu. umee pernah rasa puas dengan gaji yg kadang kala tak setanding dengan usaha yg umee laburkan tu! sebab apa umee rasa puas? sebab umee IKHLAS bekerja dan selesa bekerja dengan boss umee, persekitaran umee. Umee nak beri sepenuhnya komitmen dan sesungguhnya, umee juga nak kan pengalaman bekerja tu! beb, pengalaman tu kan.. - xkan sama nilainya dengan gaji yg kita harapkan tiap2 bulan tu. Pengalaman ni berharga beb!!! mana-mana kita pergi, orang xtanya gaji berapa tempat lama, tapi orang tanya pengalaman apa yg kita ada!

nak cerita pasal pengalaman ni pulak, bukan dengan melihat, menilai pengalaman orang..tapi, pengalaman kita sendiri. Kita kena cari pengalaman tu. Pengalaman tu, kena cari dan kena lalui TRY n ERROR dia..baru menghasilkan sebuah pengalaman yg berharga. So, dengan pengalaman.. kita juga boleh aplikasikan untuk masa depan kita!!!

Disebabkan umee selesa dalam zon umee yg makan gaji tu, so umee memang xpernah terfikir yang umee akan berhenti kerja. Pernah juga terlintas nak berhenti suatu masa ketika dulu, tapi disebabkan memikirkan komitmen kewangan, ianya hanya omongan kosong sahaja! so, start awal 2014, umee dah start juga berjinak-jinak dengan MLM - Shaklee!!! 

hahaha..dalam-dalam xpercaya skim MLM juga pun umee boleh terjebak kan? ermmmm, umee terjebak dengan MLM shaklee sebab umee dah guna produk shaklee sewaktu pantang dan umee rasa produk ini boleh dikongsi dengan orang lain, so...why not kita try kan?so, bertambah lah sikit-sikit pendapatan tu..kalau kita berusaha..(ye tak?) umee pernah juga merasa duit bonus tu!!!
so, dengan duit bekerja dan duit join MLM juga umee sudah rasa puas dalam hidup!!! (syukur) - tapi, tipulah kalau nak cakap cukup tu!! zaman sekarang xkan pernah cukup sebenarnya..nak-nak pulak termasuk GST ni!!!alahai, berapa riban pun xkan pernah cukup- ye dak? plus double plus..anak umee 5 orang..huihh jenuh pusing kewangan kot tu, kot ni..xdapat juga, tapi kami biasakan utama buat dulu!!!

kalau dulu, tiap2 bulan, umee hanya pergi cucuk duit kat ATM dan dapat duit, dan fikir cara macamana nak cukupkan duit tu sampai cukup bulan!!! tapi sebenarnya jarang juga, sebab suami umee yg akan topup sehingga cukup bulan tu!!! (itu in fact dalam kehidupan umee..) kadang-kadang ada juga yg cakap suami umee makan hasil bini!! huarggghhh hasil bini pun hasil bini lah, yg penting hasil bini dia..bukan bini orang...its okay..nebermind!!!apa pun orang nak cakap, orang akan cakap dan terus cakap!!! tanpa memikirkan hal orang lain, tanpa usul periksa!!! orang akan cakap apa yg dia fikir, ikut logik akal dia, bukan logik keadaan kita dan logik fitrah alam ni sebenarnya!!!

biarkan diorang nak cakap apa, sebab yang tolong kita- yang cukupkan keperluan kita dan yg tahu niat kita, serta yang aturkan perjalanan kita...bukan diorang-diorang tapi DIA... ingat ye uuoolllsss...!!!

so, first step sebelum u olls decide nak resign atas apa pun alasan!! u olls kena duduk ISTIKHARAH.. minta petunjuk Allah! tips dari umee... REDHA! -sebab bilamana uoolls redha... automatically urusan u ooolllssss akan dipermudahkan dan perjalanan uoollls nanti juga dipermudahkan!. kadang2 kan, kita xkan dapat jangkau apa yg akan kita lakukan di masa depan.. tapi, kita cuma boleh rancang perjalanan kita!! cuma..kita kena bersedia hadapi seribu macam dugaan nak sampai destinasi kita tu!!! bersedia dari segi mental dan fizikal!!!

Macam umee, segalanya berlaku dengan pantas...berlaku dengan mengejut!! tapi..kunci asasnya... - redha!!! so, segalanya dipermudahkan, semua berjalan lancar walaupun kadang-kala ada tersekat2. Itu normal!!! so, sematkan dalam minda- yang bila kita berhenti kerja, kita akan lebih banyak diuji lebih beremosi, lebih kena bekorban untuk hidup yg kita xtentu lagi apa, macamana!!! kecuali kalau kita ada PLANNING dan dah get ready dengan kehidupan baru kita tu ye!!! tapi, kena juga berhati2 tau! ingat, kita hanya merancang...

Semua orang nak kaya kan, semua orang nak hidup selesa.. dan, semua orang nak senang! mana ada orang nak hidup susah? dan, kalau kita diberi pilihan berangan dan berimpian... mesti kita impikan segalanya sempurna!!! segalanya indah!! tapi maaffff banyakkk-banyak.. -ianya sekadar berangan. ianya tidak boleh direalitikan! Kalau nak direalitikan boleh!!! - tapi ada banyak halangan dan rintangan!!! kita kena lalui jalan kesusahan dulu... kena belajar daripada bawah, kena merangkak dulu.. baru boleh berjalan!!! (are u get ready?)

Orite, banyak dah umee membebel ni, tapi nak share juga tips bila nak berhenti ni... jom zaaaaaas... dan buat penilaian sendiri tentang pilihan hidup masing-masing!!! dan perkara pertama yg uoollsss fikir ialah :


  1. Hutang...
  2. suami aku, family aku bagi ke aku nak resign?
  3. mesti aku bosan!!!
  4. boleh ke aku survive???
dan mungkin juga alasan uools nak berhenti ialah :
  1. penat dah makan gaji ni
  2. kan suami aku dah mampu tanggung aku anak beranak, kenapa aku kena kerja lagi?
  3. duit gaji habis bayar pengasuh sahaja- baik aku yg jaga..jimat duit!!!
  4. nak jaga anak-anak lah!!! nak besarkan mereka depan mata aku...
  5. nak jaga famili terdekat sakit..
  6. tiada pilihan lain
  7. nak berniaga on9 sambil2 jaga anak
  8. nak jaga suami..nak jaga makan minum dia!!!
dan bermacam2 lagi sebab kenapa kita pilih nak berhenti! semuanya ada alasan tersendiri...TAPI, once kita dah decide untuk resign, kita juga kena berhenti daripada :

  1. membanding2kan kemewahan orang lain dengan kekurangan kita
  2. menginginkan kehidupan sepertimana kita bekerja dulu
  3. online shopping
  4. window shopping
  5. demanding a branded stuff
  6. lebihkan kehendak daripada keperluan!!!
totally kena berhenti semua tu dan belajar untuk mensyukuri apa yang dah kita ada!!! dan apa yang akan kita miliki nanti. in shaa allah, kalau kita follow the rules, memang kita boleh survive dan jangan lupa mensyukuri!! the key of success is SYUKUR...

hidup baru ni juga kita kena belajar bekorban!!! bekorban untuk atas alasan kenapa kita nak berhenti tu. Lets say, kalau kita kata berhenti, sebab nak jaga anak sendiri!!! okay, betul tindakan kita nak jaga anak kita sendiri-sendiri. and u are make sure yg anak u olls terurus, suami dan rumahtangga jua terurus!!!dan, dalam pada masa yang sama..kita kena belajar hindari stress!! sebab apa? sebab uoollls pernah tak terfikir yg surirumah lebih penat daripada bekerja!!! dan kerja rumah..xkan pernah habis!
masa mendatang panjang lagi!!! jangan pulak, bila dah berhenti, dok menyesal dan mulalah merepek "kan best kalau kerja!!, cukup bulan dapat gaji..nak beli apa senang!!!"
haiiiyooooo - kat situ dah silap sebenarnya!!!
then... apa yg u ollls nak sebenarnya??? masa makan gaji, u olls nak berhenti! sibuk cakap penat kerja..tapi duit habis kat pengasuh sahaja, anak pun x lah sesempurna mana!!! lebih baik aku berhenti!!! duit xpayah keluar!!! aku pun boleh jaga anak, aku boleh masak kat laki aku dan anak-anak..aku leh jaga anak-anak aku sendiri!!! diorang boleh membesar depan bijik mata aku, makan hasil air tangan aku!!!kann... kann....
dah elok kerja nak berhenti - tapi, kenapa bila berhenti sibuk nak kerja/???? hahaha!!!
actually, betul dah tu niatnya!! yang xbetul nya cara nya...

dont ever ungkit perkara yg u ollls dah ambil!!! jalan je terus.... jalan je.. walaupun susah sikit!!!
u olls ungkit bab xde privacy kat rumah!!! u ollls ungkit penat... anak-anak tak pernah faham!!! suami asyik merungut rumah bersepah..padahal aku kerja lebih masa untuk dia!! (jangan buat2 xfaham ye wanita2..) anak-anak duk sepah sana-sini!!! kemas belakang- depan selerak..kemas depan..bilik pulak selerak!!! dan dont ever u olls membebel buat kerja rumah bukan dapat duit pun!!!!

haaaaaa ha aha aha aha dann haaaaaa..... itu yg pelik dan yang xbetul!!! apa yg u ollls nak sebenarnya ni??? tapi, in fact..itulah realiti hidup!!! itulah lumrah hidup... sebab apa? sebab kita u ollls dan umee ni dah sedap hidup..tu sebab nak hidup sentiasa sedap!!! sedap, sebab sebelum ni..xpayah buat apa- cukup bulan korek mulut harimau!!! honestly, umee memang pekerja berdedikasi (konon)... kan... so, dalam berdedikasi juga..umee selalu juga menyeleweng hal kerja..tuang kerja!!! hahaha.. sebab, umee juga manusia!! umee xperfect!!! tapi, boleh dikira lah bila masa umee mengulat semua tu.. especially time nak raya!!! opsss..hihi..

so, balik pada point asal... nak berhenti boleh!!! tapi, kena ada planning kita dan target kita! rohani n jasmani kena kuat... sebab, semua benda ada pro n kontra! ada benda baik dan xbaik! dan ingat balik apa yg umee tekankan sebelum ni, ialah Percaya Janji Allah!!! rezeki, ajal-maut semua di tangan DIA... n u olls senaraikan planning n listed kan. contohnya :

  1. apa aku nak buat kalau dah berhenti?
  2. R&D (research n development)
  3. listed
  4. istikharah, doa, tahajudd
so, apa-apa yg terbentang depan mata uollls nanti, itu bukan lagi piliha!! tapi, perjalanan!
nah, dari situ u ollls atur perjalanan u olls slowly.. xde benda -  harini nak..esok dapat!!! doa banyak-banyak, agar segala perjalanan u olls tu dipermudahkan!!!

bagi yang berhutang, u ollls kena hadapi hutang u ollls dan usaha agar segalanya dapat ditangani.. u ollls juga kena terima hakikat..yang harta benda u ollls akan mungkin ditarik balik!! its a 1st stage of new life. jangan takut!!! itu cuma dugaan kecil yang bukan milik kita lagi- mungkin kita akan dapat yg lebih baik dari itu atau mungkin Allah sedang mengajar kita tentang hidup sebenar2 nya? who knows.. kan! tips umee.. - ada usaha, ada jalan!! in shaa allah...

prinsipnya mudah, yg lepas..biarkan lepas!!! jangan dikenang, jangan dipandang! yang akan datang, kita fokus! and, its is depending on u olsss.. kalau u olls ada kepakaran dalam bidang tertentu, keluarkan kepakaran itu..  try n error is the best formula!
kalau tiada - join group!, pergi kursus!!! banyak kursus ada, ikut apa yg kita boleh buat, mampu buat!! kursus jangka masa pendek kan banyakkkk... jangan kedekut keluarkan modal!!! hey.. uooolllls keluar modal sikit, hasilnya berganda!!! yang penting usaha dan konsisten.. rebut segala macam peluang yang ada!!! 

zaman sekarang, peluang kena cari... minat kena gali!! sorry to say, zaman sekarang dah tiada istilah memilih peluang... sorry, sorry, sorry!! zaman tu dah lama lapuk!!! thats why..zaman sekarang kita kena move on..kena keluar daripada tempurung!!! kita hidup dalam dunia yg bergerak.. masa... tu pun bergerak pantas! siapa lambat - tinggal!! siapa tolak peluang - org lain sapu peluang kita... zaman sekarang zaman bersaing!!!so, bersainglah secara sihat!!! jangan bersaing cara PUAKA!!! jangan kondem orang, jangan tutup periuk nasi orang lain, jangan nilai kehidupan orang lain!!! benda tu semua buang masa!!!

kata nak hidup senang.. kata nak berjaya... Orang yang berjaya bukan yg duduk di atas sahaja, tanpa merasa duduk di bawah!!!
halloooo.. orang yang berjaya, ialah orang yang meletakkan diri di dalam aura positif, orang berjaya ialah yang sentiasa tenang dalam setiap permasalahan, orang yang selalu memikirkan dan memanfaatkan peluang...

kita takkan dipanggil berjaya, jika selalu memikirkan kegagalan, selalu memikirkan orang dari perspektif yg negatif!!!

okay lah... semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi pada kawan-kawan yang tengah dok bercadang nak berhenti atau baru sahaja berhenti tu!! selebihnya korang yang menilai tahap kemampuan masing-masing!! jangan fikir apa orang nak cakap..tapi fikir apa suami kita cakap dan ingatlah - selagi ada usaha, selagi ada keyakinan diri, selagi itu ada jalan dan ada penyelesaianyya!! Bumi Allah ni luas... Rezeki Allah pun luas!!! Dia yang mentadbir alam ini, dan Dia juga yang mengatur hidup setiap hambaNYA!!! Percaya pada Allah, juga percaya pada REZEKINYA...

tak semestinya kita makan gaji, kita akan bahagia sampai tua!!! kita sentiasa senang dan xkan susah!!!
dan juga orang yang kerja sendiri juga, tidak semestinya susah selamanya dan tak boleh nak berjaya!!!

bahagia atau tidak, berjaya atau tidak, pucuk pangkalnya atas diri kita!!! semua benda atas dunia ada sebab dan penyebab.. n its called "suratan" n "qada n qadar Allah. dan tiada benda di dunia ni tak ada penyelesaianya!!!

keep it up..
salam sayang!!!

tunggu next entry ya!!!

Friday 5 June 2015

Takdirku begini...

assalamualaikum wbt..
selamat pagi!!!

masih menunggu entry umee? alhamdulillah, masih ada yg memfollow umee walaupun ada antaranya para-para stalker umee!!! hahahaha, kantoi... jeng jeng jeng..umee tahu!!! sebab ada masa para stalker ni menggunakan ayat umee tatkala dia menceritakan!!! alah, what ever lah..yg penting niat umee ikhlas nak share ngan korang semua...tujuan umee satu je, nak jadi insan yg sentiasa memberi dan terus memberi... Ilmu juga begitu, harta apatah lagi... Kalau umee kaya kannn..kannn...kaaaannnn!!! memang umee akan cari tempat mana umee nak infaqkan harta umee!!! dan itulah doa umee setiap kali umee habis solat!!! umee nak kaya, sebab umee nak bantu keluarga, mak umee, anak-anak umee dan seterusnya..sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan daripada umee!!! bukan soal cari publisiti, dan juga bukan isu tak sayang duit!!! tapi isunya disini - what u give u get back!!!istilah islam yang menuntut kita untuk membelanjakan harta dan memberi sebahagian harta kita pada yang memerlukan! harta kita bukan harta mutlak. harta kita dapat adalah daripada Allah swt...so, fikir-fikirkan!! dan renung-renungkan lah ye!!! umee nak didik hati supaya banyak memberi dari meminta. memang susah, tapi, jika kita xdidik, macamana ianya nak dilentur kan? hati kita, Allah yg pegang!!! 

alamak!!! umee dah bersyarah pulak pagi2 ni... what everlah, itu hanya selingan je daripada entry umee. semoga bermanfaat!

ok now, back to the point of Takdirku begini!!! hahaha, nampak macam "redha ikhlas" je kan entry ni? apakah? actually x pun! umee just tag in this point to describe tentang TAKDIR hidup kita berbeza dan takdir hidup umee begini lah!!! bukan pasrah tapi redha. yup, i am super mom n insan bertuah dalam dunia ni. sentiasa bersyukur sebab "takdirku begini".

now, lets clear with my entry ya!!! 

ermmmm..lama umee xhupdate blog kan. lama dah umee terhenti entry pasal susu mommy, pasal psikologi anak2, pasal life, pasal everything yg uooolllssss ternanti-nanti. ok, at the 1st level, umee nak minta maaf kat korang, korang dan korang...sebab umee xtunaikan janji umee ni lagi pada korang!!! ada yg pm nak tips begini, ada yg pm nak tips begitu..dan umee janji nak entry kan persoalan korang tu!!! but, not yet kannn... ermmm umee masih mengalami kebizian yang melampau! Last week mak umee buat kenduri doa selamat dan tahlil. so, dah stuck kat situ the hold week kan... plus dengan order-morder design dari customer tercinta lagi... (alhamdulillah-rezeki xpernah putus).. plus+plus... bekalan air terputus dan triple plus cuti sekolah!!! hahaha dan haaaaa... umee kan anak 5, dan yg bersekolah ada 4 orang. so, bila cuti sekolah bermula, so, bermula lah kesibukkan umee sebagai UMMMEEEE ni kannn.

so, harini, berbekalkan semangat yang kuat, keazaman yang tinggi, kerajinan yang melampau, umee usaha juga bangun tengah malam ...untuk memulakan entry sampai kosong dah idea dalam kepala otak yg dah lama terperap ni! dan dah lama dok save je ni dan yang mana sudah draftkan tu, umee guna ambik point2 je..huhu, (yg draft pun ado!!!). so, nampak x kesungguhan umee kat situ??? -kan...

for the 2nd reason ialah mungkin umee menyepi sekejap sebab mencari ketenangan kottt??? yeeeahhhh!!! its the main point of the question WHY u ooolllsss tu kan??? ok, cerita sebenar pada kawan-kawan, BFF, sedara mara yg tanya pasal INTERVIEWWW!!! tu... ini lah jawapan selepas beberapa hari umee mencari ketenangan..

jawapannya : i am not attend the interview! haha mesti uooolllsss tanya lagi KENAPA kannn??? sebab,  umee dilahirkan memang untuk berkorban untuk insan-insan disisi!!! dan umee juga diciptakan untuk takdir umee begini! - bukan pasrah, tapi redha.

Dan, umee xpernah menyesal dengan takdir umee! tapi umee bersyukur! sebab takdir umee terjadi atas permintaan umee kottt. YESSS!! kadang-kadang umee xsedar apa yg umee doakan itu, boleh jadi sampai tahap macamni! mungkin ada hikmahnya kannn.. dan umee cuba cari tersiratnya dari yang dah tersurat ni!! yup, sesungguhnya umee memang redha!!! sebab umee percaya kekuasaan ALLAH!!! dan umee percaya pada doa IBU dan juga REDHA suami.. 

sebenarnya, umee memang idam-idamkan panggilan SPA ni, dan panggilan jawatan kerajaan ni dah lamaaaa dah!!! sememangnya dah berkurun!!! dan umee pernah dapatkannya masa umur umee 20 tahun (10 tahun yang lepas). tapi, umee tolak untuk temuduga jawatan PELUKIS gred (xingat)..tapi yg umee ingat, umee pernah menolak tuah tu dulu!! sebab umee berada di Kuala Lumpur dan surat sampai ditangan umee bilamana esoknya nak interview dah! ~memang xsempat dan masa tu pulak, umur 20 tahun, nak interview pelukis!!! barang2 nak kena cari, nak pergi putrajaya pun merangkak, so ambik jalan singkat..LANTAKlah... esok lusa, dia panggil balik lah tu!!! (sombong + ego masatu kan).akhirnya hampeh!!! isi borang dan jenuh dah tunggu nya...xda panggilan lagsung pun!!! akhirnya, setelah berusaha gigih, umee dipanggil lagi untuk kali kedua (Gred yang berbeza)...
memang harapan tu ada,  walaupun agak seri dengan tiada harapan!!! nak jawab exam online pun fikir banyyyaaak kali...sebab plan asal dah tak nak kerja dah!!! nak duduk rumah jaga anak-laki!!! tapi, umee degil! umee cakap,  nak test market jeee! tapi secara jujur masih ada mengharap juga, nak kerja kerajaan ni! sebab apa, sebab mmg umee tuggu peluang macam ni dah lama dan umee pun ada target umee dan plan hidup umee!!! sebab konon-kononya umee ni nak jadi wanita berkerjaya lah kannnn...

tapi umee lupa satu benda, umee lupa target ALLAH dan lupa plan ALLAH untuk hidup umee!!! memang itu impian terpendam umee.. nak hidup selesa, nak hidup macam orang lain..(ada gaji, ada kerjaya, ada masa depan!) umee dah plan dah, kalau umee dapat kerja tu, umee nak bantu keluarga, bantu anak-anak dari segi kewangan pembelajaran mereka!!! TAPI, caturan ALLAH lagi luas. 

umee dah excited nak pergi interview tu, dah termimpi-mimpi, dah terangau-angau dah! dan, bila tiba hari berikutnya.. husband umee (mr perfect 10) mula buat peel.. dia xnak hantar!!! dia buat dont know je! ahakkksss... so, umee diamkan aje, tengok aje lah dia.. (agak beso kecik, beso kecik le jugak tengok ke dia tu!!!) tapi apa nak buat kannn... lesen dia beso right???- dia juga ada hak atas hidup umee, sebab dia tu suami!!!

bila sampai masa umee nak diinterview tu..sebab dalam surat 2.40pm masa di interview!!! mr perfect 10 umee tu mula buka mulut dan buat2 tanya..'eh...umee xpergi interview ke?' memang agak cari nahas lah soalan dia tu kan... so, umee jawablah secara berhemah!!! 'tak pelah abang, xde rezeki kan..nak buat macamana!!!' - dia boleh gelak dan jawab 'tahu xpe!!!' so, apa maksudnya tu?
maksunya dia pun ada plan atas jalan hidup umee right??? so, umee memang mogok satu hari, dan xnak cakap dengan dia satu hari tu!!! last-last, dia ajak umee pergi KFC dan ajak umee sembang-sembang.. tapi dalam sembangnya tu, ada yg dia selit-selitkan jawapan kenapa dia xkasi umee pergi interview tu!!! antara point2 dia yg jelas, yg umee clear ialah :
anak-anak, suami... dan posting!!!

dan umee juga dah terangkan kat dia, yg umee ni, xsemestinya dapat kerja tu! dan xsemestinya dihantar jauh2!!! tapi, dia tetap dengan jawapan dia.. nak buat macamana kan!!! lagipun nak pujuk ala-ala nora danish pun..xmungkin benda tu akan berpatah balik. even, kalau dia cakap boleh pun, masa... tu yg xdapat nak diputarkan balik!!! so, ini lah takdirku!!!

pendekkan cerita, takdirku ialah -
UMEE adalah umee pada 5 orang anak umee!!! dan isteri pada mr. perfect 10 ume!!!. ijazah umee adalah  dalam sebuah rumahtangga bahagia-( in shaa allah... )dan boss besar umee ialah - ALLAH...
managing director umee ialah  - Mr. perfect 10 umee...
Human Resoucers umee ialah - keluarga umee!!!
dan umee bersyukur, sebab umee ada secetary umee 5 orang!!!
so, ini dunia kerjaya umee sekarang... umee xkan menyesal dan menyalahkan keadaan.
umee bersyukur!!! dengan doa mereka-mereka disisi.. umee juga akan merasa bahagia seperti orang lain dan juga akan bergelar usahawan berjaya satu hari nanti- in shaa allah.

dan impian umee seterusya, umee nak wasiatkan impian umee ni..kat anak-anak umee 5 orang tu.. biar mereka warisi dan tunaikan wasiat umee ni.. andai mata ini tidak mampu terbuka lagi masa tu, andai ia dah tertutup rapat, namun umee ada warisan yang akan menyambungkan impian umee!!! umee akan didik mereka agar menjadi insan yg sentiasa berhati waja, berfikiran posotif dan berdaya saing!!! mungkin apa yg dah umee korbankan ni, bakal diwarisi oleh mereka? siapa tahu kan??? mereka adalah semangat umee, mereka juga penyambung masa depan umee yg dah umee korbankan ni!!!-in shaa allah!!!


* xsemestinya apa yang kita kejar, akan dapat kita gapai! dan tak semestinya yang tidak kita ingini dalam hidup tak akan buat kita berjaya dan bahagia! bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. sebab dunia bukan destinasi kita selama-lamanya!!! 

salam sayang...
umeezalita

Sunday 24 May 2015

KAIS, KAIS, KAIS...kaissss kaaaaiiiissssss..kaaaaiiiiiiiiiis

Assalamualaikum wbt...

entry kali ni nampak x streeeesssss sikit??? hahaha, xde stressnye lahhh.. umee dah telan vit c (sustain release 500mg) pagi ni... Vit c ni, salah satu fungsinya ialah menyingkirkan stress.. menyahkan stress..menghindarka stress!!! umee xstress, tapi melepaskan tekanan... ha, nampak x bezanya? bila stress datang, umee mesti nak duduk sorang2..pastu pegang pen, pensil dan kertas cukup!!! umee mesti akan kembali normal bila stress umee dilepaskan kat kertas. Tapi, stress umee..stress sebab kerja! umee nak siapkan semua kerja on time...tapiii.., umee xmampu sekuat dulu, masa sebelum kawin tu..umee mmg worker holic. bila start keje..lupa dunia..(wahahaha..boleh gitu???)

tapi, dah kawen ni..alam dunia nye agak lain sikit lah...totally berubah!!! umee dah banyak peringkat umee tukar jadual ni..semua belum kena ngan tune nya lagi...hihi!!! tu yg stress tu!! orang buat bisnes, umee pun nak berbisnes!!! (hahahaha...ayat sesuai kat umee) tapi xpe, umee percaya yg umee boleh lakukan.."ai ken du it".... tapi...take time lah kan... jangan rushing. belajar untuk cari identiti dan gali pelan-pelan! bisnes ni, bukan sehari dua orang dah kenal..sehari dua, tiga dah laku kan!!! so, kena banyak belajar dan banyak menggali. Tanamkan azam nak berjaya dan nak bantu org yang memerlukan..

waktu dah bergelar isteri pada suami dan umee pada anak2 ni, umee memang kena family 1st la sekarang. umee memang kena settlekan family, anak-anak...baby...bapak baby... bila semua dah settle, baru boleh pegang mouse, keyboard dan semua yg seangkatannya lah!!! itu pun, belum sudah lagi..masih ada gangguan.."umee nak makan, umee nak minum.." aihhhh.. kan..kan...kann...

so, sekarang..umee dah buat schedule, umee settlekan anak sekolah dan umee setelkan rumah, masak etc dan baru pegang gadget ni semua..pastu setel anak balik sekolah pulak..dan seterusnya sekolah agama...lepastu baru boleh jumpa klien..mana nak jumpa untuk design, untuk t-shirt..untuk disscussion bagai!!! tapi, ada masa..banyak gak benda kena extend sebab baby umee tu.. tengok angin dia camana!!! dan bila petang sampai malam...umee kena tengok kerja sekolah mereka, check beg sekolah, solat, mengaji bersama dan segala yg berkaitan dengan anak-anak dan suami...

dan, kalau nak pegang komputer n gadget lelama...waktu tengah malam lah yg paling sesuai!!! semua dah tidur dan semua dah berdengkur..so, umee kena take over malam jadi siang!!! peneman   umee ialah nescafe suam!!! bolehlah, berjaga macam burung antu sampai pagi dan subuh pun pernah..ada one day tu, customer nak urgent dengan bayaran urgent, umee xtido langsung..bila subuh dah prepare untuk ngaji, solat subuh dan setelkan anak nak g sekolah..pastu rutin harian berjalan seperti biasa!!! hahahahahahahahahahahahahahahaha!!!! (penatkan uooollls baca?...lagi penat sebenarnya untuk tuan pnya badan...)

tapi, malam pun xboleh straight sangat!!! sebab si baby tu susu badan..so, ada juga masa kadang-kadangkan...umee susukan si kecik tu dan ngan umee2 sekali hanyut sampai subuh..last sekali, bila bangun subuh baru teringat yg kerja xsiap lagi!!! hahahahahah kali ke berapa tah kannn....

tapi, umee memang bergantung dengan nescafe kow2..baru segar!! tapi, bila dah ketagih tu...umee stop kan..sebab nescafe kan banyak kafein!!! nescafe lah penyumbang terbesar kafein untuk kita. kafein amat xbagus untuk tubuh. so, umee bertukar pada ESP (shaklee). ESP ni sangat membantu bab midnight ni. so, dengan bantuan ESP jugalah..umee mampu jadi SUPERMOM macam sekarang ni..multiTASKing.. huhu.

so, back to cerita kais,kais,kais ni... umee rasa, umee kena gunakan ayat "priority come first". sebab kita ni manusia... ada akal untuk berfikir, ada kudrat untuk melaksana dan ada hati untuk memberi timbangrasa. Kita mampu untuk buat semua benda, tapi kita ada LIMIT!!! kita rasa kita boleh buat, tapi kita ada halangan untuk sampai target. Yang penting kayuh dan terus kayuh.. biarpun kayuhan pertama laju, namun tersekat di pertengahan dan jangan berhenti, teruskan mengayuh walaupun penat dan walaupun kayuhan seterusnnya perlahan!!! mana tahu, kayuhan itu boleh bawa ke destinasi yg kita nak tuju kan??? sekali pun xjumpa destinasi kita nak tuju tu, kita masih ada cabang lain yg mungkin boleh sampai destinasi sama dengan jalan yg lain?? siapa tahu kan? "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan!!!" berbalik pada fitrah alam!!! kalau kita dah berusaha untuk sesuatu, namun sesuatu itu tidak dapat kita genggam, mungkin kita akan genggam sesuatu yg lain, yang lebih elok daripada sesuatu yg dulu!!! take it up.. u all can do it.. uooolllsss ada aura uooollls yg tersendiri, pentas kita, pelakon kita dan pengarahnya tetap DIA... so, lakukan demi masa depan kita, keluarga dan agama kita.. in syaa allah..

salam sayang..
umeeee....

Saturday 25 April 2015

Excited Menanti Orang Baru???

Pasti mommy2 teruja untuk menyambut orang baru kan? Haaaaaaa... macamtu lah perasaan setiap ibu di dunia ini. Umee dulu, masa anak sulung... memang excited gilerrr tiap-tiap hari pasti pandang cermin, cakap dengan baby. "Baby, cepat-cepat keluar ye. Umee xsabar nak tengok baby, nak main dengan baby".. hahaha, bila diimbas kembali kenangan silam tu.. mesti umee gelak sorang-sorang!

Umee kan, kalau pergi pasaraya..kompom xde tempat lain umee jenguk dan lawat. Kompom!!! kompom kawasan baby.. (melawat kawasan...) umee akan buat list, barang keperluan bayi, barang semasa pantang, barang itu dan barang ini. Kalau boleh, umee xnak missed satu barang pun masa dalam pantang tu. Sebab, dalam pantang kita xboleh g shopink..xleh g beli itu..ini.. dan itu pentingnya list barang keperluan sebelum melahirkan dan beli barang keperluan sebelum melahirkan. Masa umee bersalinkan anak sulung tu, tahun 2008.. masatu belum rancak lagi window shopink kat tenet ni..kalau ada pun, xberapa nak percaya dan xberapa nak pandai nak beli belah tenet ni.. huhu, so, umee pasti akan setelkan barang keperluan sebelum umee bersalin.

Masa umee pegnen anak first tu, umee duk jauh dari family umee. Umee duduk Taiping dan mak umee duduk Rawang. so, umee memang kena bergerak secara individu haha.. umee kena belajar untuk kendalikan bayi nanti dan juga pengalaman mengandung tu belum pernah umee rasai. Umee banyak belajar daripada pengalaman ipar duai dan membeli buku Pa & Ma setiap bulan tanpa missed. Umee nak yang terbaik untuk anak umee nanti. dan lagi satu, umee suka bertanya pada doktor atau nurse tentang permasalahan yg umee alami masa mengandung. Contohnya, umee akan tanya kenapa makan ubat ni, apa fungsinya sebab umee nak ambil berat tiap perkara. Kadang-kadang umee tengok, ada mommy yang ambil lewa tentang kesihatan dia dan bayi yg dikandung tu. So, umee belajar dan timba ilmu demi anak umee. Mommy2 sekelian, ingat ye, jangan ambil ringan tentang mengandung ni... 2 nyawa kita kena jaga semasa mengandung dan bersalin. Nyawa kita sendiri dan nyawa bayi kita. Siapa xsayang anak kan??? so, be allert ye tiap permasalahan dan tiap kejanggalan yang berlaku.

Banyak benda yang kita kena belajar untuk jadi ibu baru ni. Ibu baru, serba baru! dalam serba baru, banyak benda yang kita terpaksa korbankan nanti..Antaranya ialah korban masa tidur, korban masa rehat..bak kata orang tua2 kita, "kita perempuan ni, memang banyak benda nak kena jaga, nak kena korban!!!, mengandung lain, bersalin lain dan lepas bersalin pun lain...bab baby lain, bab anak lain..dan pendek kata, selagi kita hidup ni, selagi tu kita kena korban dan kena urus!!!".. tapi xpe, semua tu rencah ratus hidup.. semua tu asam garam hidup... disitu kita belajar dan disitu kita timba pengalaman. Apa pun, pengalaman menjadi ibu ni, adalah pengalaman yang terindah dan menjana pahala..andai kata kita redha dan tabah!!!

Okay mommy-mommy sekelian, umee akan share sikit tentang perkara-perkara asas yang perlu mommy-mommy sediakan untuk menyambut orang baru nanti. Mommy juga boleh jadikan ini sebagai panduan sebagai persediaan awal mommy nanti ye.. Semoga ianya bermanfaat untuk mommy sekelian...

  • Baju Baby (baju lengan panjang, baju lengan pendek, singlet lubang-lubang)
  • Seluar Baby (seluar panjang, seluar pendek, seluar lubang-lubang)
  • Sarung Tangan & Kaki - Bayi perlu memakai sarung tangan dan kaki untuk mengelakkan kuku baby terkena pada mukanya dan untuk elakkan bayi kembung, sebab angin mudah masuk melalui tapak kaki.
  • Topi Baby - Untuk melindungi kepala bayi daripada dimasuki angin. Boleh juga digunakan topi bayi untuk membawa bayi mengambil vaksin di klinik.
  • Barut Baby - Juga untuk mengelakkan baby kembung, sebab angin mudah masuk melalui dada bayi yang terdedah. (umee suka gunakan barut yang ikat daripada barut zap yg melekat. sebab barut yang diikat lagi kemas dan tidak mudah terrtanggal.)
  • Beg Baby - Perlu ada beg untuk membawa bekalan baby untuk kemana-mana seperti minyak bayi, pampers bayi, baju extra bayi, barang keperluan bayi yang sepatutnya.
  • Termometer - Ini sangat penting, jika kita ada baby dirumah. Saya amat syorkan mommy-mommy membeli termometer ini di farmasi yang berhampiran untuk kegunaan mommy waktu baby tidak sihat. Dengan termometer ni,mommy boleh melihat sendiri suhu badan baby sewaktu demam. jika baby terlalu panas atau suhunya mencecah 39 darjah celcius. mommy harus risau dan bawa anak mommy ke hospital dengan segera. Sebab, mommy xboleh menggagak suhu badan baby dengan telapak tangan mommy. Baby ni, kadang-kadang panas..tapi suhunya biasa sahaja. cuma cuaca yang membuat bayi seperti demam..haaa, nampak x kegunaan termometer ni?
  • Bedung Baby - Mommy harus bedung baby sehingga baby 3 bulan.. (waaa anak umee xtahan dibedung...kalau bedung pun, xsampai 10 minit..dia dah pandai keluarkan tangannya...) menurut kata orang-orang tua kita, bedung baby, untuk bagi baby tidur lena tanpa gangguan..
  • Lampin / Pampers - Kebanyakkan mommy-mommy sekarang adalah mommy berkerjaya, so, memang tidak boleh memakai lampin kain tu, so, mommy kena sediakan lampin pakai buang (pampers). dan ingat ye, nak beli pampers ni..jangan banyak2 sebab baby selalunya akan cepat naik berat terutama baby susu badan. so, kalau mommy beli pampers size new born banyak atau nak buat stok, baik abaikan..sebab, bila baby dah tambah berat badan, size newborn dah xmuat untuk baby!
  • Tuala Baby - Cari tuala yang serap air ye mommy. Tuala ni, kalau boleh cari 2,3,4 tau..sebab baby xpandai cakap bila nak poo-poo.. hihi... dan kena jaga kebersihan tuala, sebab kulit bayi sannngggaaat sensitip tau mommy.
  • Tikar Getah - Ini juga penting, untuk kegunaan bayi selepas mandi. Dan jika baby pee, xdelah basah tilam ye tak?
  • Tuam / Tungku Baby - Selepas mandikan baby, tuam kawasan perut baby bawak sampai ke ari-ari baby serta pinggang baby dan seterusnya punggung baby..Tapak kaki baby juga perlu dituam untuk mengelakkan baby kembung dan jika baby mommy adalah baby lelaki, kita kena tuam tiap kali lepas mandi sebab nak elakkan angin pasang.
  • Minyak Baby - Selepas mommy tuam baby, mommy letak minyak baby pada perut baby, pinggang dan tapak kaki untuk mengelakkan baby kembung perut. urut-urut sedikit untuk hilangkan stress baby (baby juga ada stress ye). dan fungsi urut juga adalah mengeratkan silaturrahim antara mommy dan baby. Ada fakta yang mengatakan, bayi yang diurut akan lebih tenang berbanding bayi yang tidak diurut...okey, pasal minyak pula, mommy boleh try ,minyak anugerah daripada produk anugerah. selain daripada ia mengelakkan perut bayi kembung, ia juga sebagai satu pendinding pada bayi, kerana minyak anugerah ni adalah minyak yang telah dibacakan ayat-ayat al-quran. kita kan nak yang terbaik untuk bayi kita. Minyak anugerah ni wangi, sedaaaap sangat baunya!!! dan bila pakai..baby akan kentut-kentut untuk buang angin..maknanya, ia meresap cepat dalam kulit baby. (dulu, umee pakai minyak yu yi cap limau.. dari anak sulung, kembar dan anak ketiga...tapi, bila anak last ni... umee dengar banyak na gosip2 pasal minyak yu yi ni..so, perasaan tu agak dah was2, so sejak anak last ni, umee memang dah berhijrah ke minyak telon anugerah)
  • Tilam Baby dan bantal baby - Tilam penting juga untuk tempat meletakkan baby. cari tilam yang berasaskan kekabu untuk keselesaan baby (tapi, agak mahal sedikit berbanding tilam polister). Bantal baby perlu cari bantal yang berlekuk ditengah, sebab bila baby tidur, baby akan tegak kepalanya, sebab..bila guna bantal yang biasa, mungkin baby akan memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, kepala baby amat lebut tau.. dan jika baby asyik memusingkan kepalanya ke arah kiri atau kanan, kemungkinan besar kepalanya akan kemek sebelah...haha,, xcaya? (umee ada pengalaman bab ni, orang tua cakap..kepala anak akan 'peheng' sebelah.. haha, memang tidak bulat la kepala anak kita nanti!). anak umee yang no 4 tu yang peheng..huhuhu..kadang2 bila nak carikan songkok kat dia..mesti salahkan diri sendiri.. sebab aku lah, kepala anak aku peheng..hahaha (so, umee share sini ye...supaya kepala anak mommy xpeheng juga...)
  • Kelambu Baby - Kelambu sekarang banyak jenis dah, masa umee dulu, kelambu yang boleh kembang kuncup tu!!! kalau salah tarik..mau kuncup dengan anak sekali..haha.. tapi sekarang ada dah kelambu macam tudung saji tu.. baby tidur dalam dan ada kelambu siap.. ermmm terpulang pada mommy, tapi, kelambu memang perlu untuk melindungi baby daripada nyaaaamuk!!! kesian kat baby, jika kena gigit nyamuk.. kita yang tua ni pun rasa gatal..apalagi baby, dah la baby xpandai garu!!! dan nyamuk juga bahaya ye...
  • Besen Mandian - Baby memerlukan besen mandian khas. Jangan mandikan baby dengan air pancut secara terus dan juga dalam baldi... tapi, umee yang malas ni, suka mandikan baby kat singki aja.. hihi (malas nak cangkung!!!)
  • Tisu Basah - Perlu untuk mengelap poo-poo baby sewaktu dalam pantang. atau juga mengelap kotoran pada baby. 
  • Sikat, Pemotong kuku, Sabun Mandi, Bedak dan barang keperluan lain jika dirasakan bersesuaian untuk bayi mommy.
  • Pengepam susu - Sediakan alat-alat untuk membantu mommy menyusu secara ekslusif. Tanam niat dalam diri, "aku nak susukan anak aku selama 2 tahun..semoga aku berjaya".. hari-hari cakap, hari-hari doa begitu, semoga Allah memakbulkan doa mommy. Antara barangnya ialah, botol simpanan susu perahan, pam susu, warmer, sterillizer, beg khas, pek ais.. (untuk maklumat terperinci tentang hal simpanan susu ibu dan perahan susu ibu ni, sila rujuk entry yang akan datang..dimana entri khas untuk mommy yang nak info tentang susu ibu ni. Umee akan gagahkan untuk manfaat mommy-mommy semua!!! in syaa allah.
  • Set Berpantang - Plan awal-awal untuk set berpantang. selalunya set berpantang ni mahal sedikit dan susun budget mommy untuk memilikinya di saat kita melahirkan. Umee guna set berpantang Shaklee. Sesiapa yang ingin ketahui set berpantang shaklee, sila personally message umee ye..umee akan guide mommy untuk kelihatan cantik, menarik dan tertarik sewaktu berpantang!!! (nanti kita cerita panjang pasal perihal berpantang ni tau!!!) ~ follow je umee punya blog ni.
Diatas, adalah sedikit info tentang barang keperluan baby. Barang-barang ni memang umee gunakan dan sentiasa sediakan untuk menyenangkan urusan umee. Umee kan nak yang terbaik untuk anak umee.. mommy pun begitu kan!!! so, semoga ianya bermanfaat untuk mommy2 sekelian..

Thursday 16 April 2015

Sihir-penyihir!!!

Takut wooo dengar ungkapan tu!!! seumpama si pelaku...semua orang takut disihir kan... so, hakikatnya apa jua yang berlaku dan terjadi, ia tetap di izinkan oleh Allah swt untuk berlaku pada diri kita... so, kita terpilih untuk mendapat nya lah!!! banyak faktor dan banyak persepsi tentang bende alah yang satu ni, namun..pada sesiapa yang dah rasai, dia mengerti dan memahami apa dan bagaimana disihir!!!

Assalamualaikum w.b.t,

dah lama umee x hupdate blog kan, umee berperang dengan keadaan sebenarnya. umee berperang dengan emosi, dengan perasaan. Umee dah penat dan lelah dengan apa yg terjadi. Namun, umee tetap berusaha untuk mencari penawarnya. Prinsip umee 1 je, hidup..mati kita hanya bergantung pada ketentuan Illahi...(ingat tu!).
semua orang akan diuji, akan diduga, cuma bagaima caranya itu bergantung pada diri individu, kuat ke..xkuat ke, juga bergantung pada diri individu juga! cuma umee pegang satu benda. "orang yang diuji, adalah orang yang kuat dan dia mampu untuk menanggung ujian itu.. sebab Allah hanya akan uji hambanya mengikut apa yg hambanya mampu! sebab Allah xuji hambanya jika hambanya tidak mampu".. so, conclussion nya..aku dapat semua ujian ni, sebab aku MAMPU!!!

Umee dah berubat dengan pengamal perubatan Islam, Umee dapat jawapan yang sama! Bukan umee nak percaya benda khurafat, tetapi umee percaya pada ini semua qada'dan qadar Allah. Umee sudah sedia maklum si pelaku nya, dan umee sudah bersedia dari segi mental dan fizikal (eceh, kunun!!!). Cuma, dalam waktu sekarang ni, umee kena overtime zikir, overtime doa dan overtime tingkatkan kekuatan serta pendinding diri.

Umee pernah bekerja, tapi umee dah berhenti sebab perkara seumpama ini, umee dipergunakan untuk kepuasan hati individu! Melampau!!! tapi xpe, jumpa kite disana yeee... hokey, umee menangis, sebab hilang punca pendapatan. dengan anak yang masih kecil2..dengan suami yg bekerja sendiri. umee stop disitu secara tiba-tiba. perasaan direntap itu sangat menyakitkan. namun, kita tidak bersendiri..percayalah, umee istikharah..umee tahajud cinta pada pencipta..umee mohon agar dipermudahkan masa hadapan yg umee rasa kelam dan kabur!!!

kegelapan dirasa semakin bersinar, bila satu persatu dugaan diganti dengan kenikmatan. umee hilang satu punca pendapatan, mata pencarian..tetapi, umee dapat seribu nikmat hidup!!! lepas, satu sinar..satu lagi kerdipan yg bakal menyinar. umee yang hampir layu, kembali bersemangat dengan hidup yang sangat adil bagi umee. umee diuji, tapi umee belajar..umee kalah, tetapi umee tidak mengalah, umee dilemahkan, tetapi umee bertambah kuat.

dari sehari ke sehari, Allah tetap memudahkan setiap langkah umee...memang!!! memang ada langkah yg terkehel..tapi, umee cepat2 perbetulkan dan cepat2 berdiri tegak seperti asal. sebab umee xnak jalan senget. bila umee jalan senget, hati umee xtenang dengan gaya jalan dan jiwa umee tidak selesa dengan penampilan umee pada umum! umee terus mengharungi dengan seribu kepayahan, belajar bangun dari jatuh sangat sakit, sangat penuh keperitan. segalanya perlu bermula dari mula!!! syukur, umee ada mak yang selalu menyokong umee, selalu memberi ilmu alam yg semakin bergelora..adik beradik umee yg sentiasa disisi membantu umee disaat umee memerlukan, dan ipar duai umee yang sentiasa memberi semangat positif pada umee!!! mr perfect 10 dan kidos-kidos umee juga adalah sumbangan semangat terbesar umee!!!

bulan demi bulan, umee memulakan menjahit dan seterusnya men'design... umee juga buat jualan langsung yang xpernah terlintas dalam pemikiran umee suatu masa dulu!!!-umee agen shaklee-. dan umee sedikit demi sedikit menapak mencari rezeki...namun, rezeki Allah itu luas..sungguh luas!!! cuma cara bagaimana kita nak mencarinya..kita kena lah berusaha. sebab, rezeki tidak datang bergolek-golek. dan, alhamdulillah, umee setia dalam umeedesign lubuk rezeki umee. umee buat perlahan-lahan dan akhirnya customer umee percaya yg umee boleh buat dan beri umee dari satu job hingga kini 13 list job umee!!! nampak remeh, tapi ianya satu permulaan yang baik.. umee bersyukur sebab setiap hari, ada sahaja improvment dalam bidang yg umee ceburi. segala-galanya dipermudahkan! syukur ya Allah...

Kini, dah sebulan umee fokus pada umeedesign umee. Umee puas dengan apa yg umee lakukan. sebab umee boleh fokus pada family dan pada masa yang sama, umee boleh fokus pada rezeki!!! mungkin ini sangat simple dan xmungkin umee boleh sekaya org kaya diluar sana. tetapi, jika kita ada impian yang tinggi, semangat yang tinggi..benda yang kecil, kita boleh besarkan kan... benda yang rendah..kita boleh tinggikan kannn....

namun, dalam kerakusan umee menebar hari demi hari, umee diuji buat kedua kali dan sebenarnya kali ketiga!!! dia datang menyerang dan mengganggu hidup umee lagi. umee dapat rasa, bila kesihatan umee tidak normal. selalu mengamuk, selalu meradang, perkara rutin jadi satu bebanan..dan sampai tahap, kerja umee yg design mendesign tu, umee xreti buat. umee blur, umee xtahu, apa umee nak buat! buka komputer, umee blank..umee fikir design tu, design ni..buka, tutup..buka..tutup... umee sentiasa lapar dan umee mengantuk yang bagai digam2 mata ini. hal keluarga umee memang tunggang langgang..umee xkemas rumah, umee xgosok baju sekolah anak2.. umee abaikan makan minum anak2 dan suami. apa yang umee nak, umee nak sendiri, melayan diri. umee benci group mengaji umee!! umee benci pada kehidupan umee.... umee xsuka buat walau sebesar guli kebaikan. dan bila start umee bermimpi ular hitam yang besar, malam pertama..dan malam kedua serta malam ketiga...dan akhirnya umee bermimpi bayi mati depan mata umee..ini, sudah keterlaluan. umee kena cari jalan untuk pulihkan keadaan!!! umee cerita pada suami..(seperti biasa, respon suami umee..."ala, umee punya perasaan aje"...hahaha).

one day, umee minta izin suami umee untuk pergi berubat..dan umee telah membuat temujanji dengan ustaz nasri di Serendah!!!dalam pada yang sama, selepas umee buat temujanji tu, umee sihat seperti biasa, umee jadi diri umee yg dulu, periang, rajin, bersemangat, (haha...puji diri..) dan yg penting umee dah boleh buat design semula..dan umee dapat banyak idea yang bernas2...wah,wah,wah... (u all tengok sendiri perangai syaitan a.k.a jin ni..).. pandai dia berlakon kan../

pada hari yg ditetapkan, umee dah bersedia dari segi fizikal dan mental, tapi kawan umee buat spoil...dia pulak tetiba demam!!! (adoyaiii...dugaaaaaaaannnnn!) so, umee cakap dengan kawan umee "kalau akk dah sihat, akk terus je datang ambil sy dirumah..cuma mesej ckp akk nak gerak je, saya fahamlah"... (sampai tahap macamtu.) so, harini,(16/04/2015) secara tiba2 kawan umee datang dan ambil umee untuk pergi berubat tu, kami dengan berlagak cakap..kami sebenarnya xsakit..(ceeewaaahhh..jin berlakon lagi)...

sesampainya di pusat perubatan tu, angin kami berdua dah naik ke kepala, kami juga sebu yang teramat sebu, mana tak nya...budak2 hafazan tengah menghafaz al-quran...berdengung2 kami dengar!!! aduiii yaiii... tapi kami berdua cakap pada diri kami kuat2..(kami kuat..kami nak lawan..) istifar banyak2 dan kami melangkah masuk... kawan umee muka dah xboleh blah..hahaha, pucat lesi dan dia tetap melawan..umee dah keluar dari rumah tu..umee ditarik balik masuk kedalam dngan perasaan melawan... dan akhirnya proses berubat berlaku... tetap!!! sama jawapan yg diberikan si Uztaz tu.. mula2 umee bertanya..kenapa dia buat saya? apa yang saya xpuas hati??? erm...setelah diberi penerangan dan diberi kekuatan..akhirnya umee akur, sebab musabab ianya terjadi. dan akhirnya kami balik dalam keadaan yg masih kabur, namun..masih ada susulan!!! Ya, aku dan kawanku akan tetap pergi..in syaa allah.."setiap penyakit pasti ada ubatnya, kecuali MATI"...

*itulah kisah sihir umee yang pertama. tunggu sehingga rawatan selesai ye, dan umee mohon doa kalian untuk doakan kesejahteraan umee, keluarga umee dan anak2 umee!!!

salam sayang dari umee...

Friday 3 April 2015

EXAM ONLINE...

Kisahnya bermula disini,
heeehhh!!! macam gayat je entry ume memula ni kan... anyway, umee ada kerja yang perlu disiapkan, sebab customer bertalu-talu menelepon dan mewasap umee..umee yg berasap nak jawab for every hour...tapi, tak pe lah.(umee tak boleh merungut, sebab ini memang kerja umee kan)

Hokeyyy, umee kalau dah penat otak, umee memang rest dulu, kasi ada mood balik nak mendesign dan bila otak dah cukup rehat, dia boleh menjana idea yang bernas dan ilham yang pelbagai. Otak kita ni, related ngan sistem saraf dalam badan kita juga, kalau kita penat, pressure dan ngantuk..memang sel-sel otak xakan berhubung! jadi, rehatlah, cari masa untuk pulihkan kembali otak yang diperah2 tu. kesian kat otak!! bila otak penat, anggota lain dapat isyarat yg kita xoleh buat!!! Jangan paksa.sebab, bila paksa..semua xakan menjadi dan kalau jadi pun, hasilnya xseperti yg kita harapkan. (so bad kan...)

Umee hupdate entry ni pukul 12.35 malam. Mr Perfect 10 umee dah pergi memancing! so, umee feeling2 sorang2 dan hupdate blog ni. Umee just nak sharing yang umee buat exam online for SPA punya 1st calling...Haaa..umee nak story ni je la. Umee tunggu panggilan ni lama tau!! selama berbelas tahun ade kot...ye la, umee start isi masa umee umur 18! sekarang umee dah 30...x ke 12 tahun menunggu tu? ngeh2x...

Umee pernah dipanggil temuduga di Putrajaya pada tahun 2005 / 2006 kalau umee xsalah. sebab umee tgh kerja dan sambung short course kat kl. Umee duduk Wangsa Maju dan Umee dapat information lambat. Dia panggil masatu untuk jawatan Pelukis, dan kena exam juga..tp exam melukis di Putrajaya. Umee dengan buat muka selamber jer...wat2 ignore pasal exam tu. Umee malas nak pergi, sebab kena melukis! Umee orang Seni, tapi Umee benci melukis. Umee mmg menyampah la nak lukis2.. Umee suka buat seni menggunakan komputer. so, Umee xcerita pun kat mak yg Umee dapat panggilan exam tu..sebb Umee xnak dapat Ucapan double 'ngok' dari emak Umee. Lepas tu kan, Umee xhingat la macamana perkara ni boleh terbocor... Mak Umee punya la mengamuk sakan dan dia cakap..Umee xkan dapat dah jawatan di SPA selama Umee hidup. So, Umee pun cepat2 call SPA dan tanya tentang masalah yg Umee hadapi tu, SPA cakap nama Umee aka dibawa ke ListBlack.. (haha...black list la)...Memang takut, Memang Seram!!! Yela, anggapan Umee, Umee xkan dapat dah kerja Kerajaan pasni..(singkat Betul Otak kan???)

Dijadikan cerita, one day...Umee dapat maklumat yang sesiapa yg dipanggil..tetapi xpergi tanpa sebarang alasan..namanya akan di blacklist selama 5 tahun je...(eleh..xla sampai bebilaaa...uweeek)..haha melawan lagi kan..huhu

Umee kira pakai tangan yg Umee daftar tahun 2006 dan pada 2011 Umee daftar lagi..tanpa banyak bunyik..haha, Umee cakap..kalau dapat kira rejeki la kan..haha... Umee gigih nak isi dan isi, walaupun dalam hati tahu..yang SPA xkan pandang dah nama ZALITA binti Arazmi ni lagi..haha...
Tup..Tup...tahun 2015, tahun rezeki Umee... Umee di jodohkan ngan exam SPA lagi...wahhh!!!! yahoooooo...Riang hati xpayah cerita lah...Bibir menguntum senyum sahaja..haha, terus capai tudung dan berlari2 anak pergi kerumah mak..(hahaha..ayat tipu je lebih..) xdelah berlari2 anak bagai..jalan macam biasa sahaja..tetapi memang Umee pergi rumah mak, sebab nak peluk mak ketat2. nak cium mak banyak2.. sebab atas doa, sokongan padu dan dorongan mak la..umee masih boleh berdiri saat ini... Kalau tanpa dia, Umee mungkin dah tersungkur dan terjelupuk ketanah..sebab xmampu nak harungi hidup yg penuh rintangan dan cabaran ni... (opps lupa...bukan mak Umee je, Mr Perfect 10 Umee pun sama)...tanpa mereka2 ni semua...siapalah Umee sekarang kan...haha..~love both of them!!! thank you Allah...hadirkan mereka dalam hidup Umee.

so, pada 03/04/2015.. Umee menjalani exam online secara hati yang bersih, tenang dan penuh harapan...so far, xde masalah sangat..cuma Umee banyak bermain dengan emosi dan keadaan sekeliling. (Kenapa?)~ sebab Umee serik nak kerja, mana pulak...Umee suka dah duk rumah..jaga anak Umee yang 5 orang tu dan jaga Mr Perfect 10 Umee. Umee puasa dapat menatap mereka setiap hari dan menjalankan tanggungjawab Umee sebaiknya. Sebab masa Umee kerja dulu, Umee banyak sangat tanggungjawab yg Umee skip. So, bilamana Umee dah berhenti ni, Umee tebus balik lah apa yang Umee tertinggal dulu. Umee suka life Umee. Lagi Mana pulak..ada sedikit hadir perasaan fobia nak berkerja dalam hidup Umee... (fobia???_~ hokeeeyyy..tunggu next entry yang pada mana Umee nak cerita pasal bende tu ye..sebab fobia Umee pada alam pekerjaan!!!

hokeylah, Mr.Perfect 10 dah balik...Umee nak kena berundur dan blog dengan dia pula...next Entry jumpa lagi ye....opsss ya, jangan lupa doakan kebahagiaan Umee dan doakan yang terbaik untuk Umee, anak-anak, Mr.Perfect 10 dan keluarga Umee...thanx ya.... Salam sayang untuk semua.


Friday 27 March 2015

tarrrarararaaaa...

assalamualaikum,
selamat malam wahai ahli blogger!!! umee pun dah lama tinggalkan dunia blog umee.
malas a.k.a busy umee melayan anak-anak yang dari sehari ke sehari membesar #bak juara!

weehuuuuu, umee baru je selesai mengharungi satu perang! (perang kemalasan) yang bertingkek2...

sobonar ea, umee ni banyak nak share mengeshare tentang dunia keibu-bapaan, tapi apakan daya. umee sering xcukup masa nak hupdate menghupdate ni!!! kihkihkih, lama dan sekian lama..umee rasa, umee punya wayar yang berhubung ke sel otak dah semakin tak berhubung..(sebab faktor usia).
umee xnak, nanti suatu hari dan suatu masa, pengalaman umee sebagai ibu pada 5 anak! (setakat 2015 ni hokeyyyy)...terkubur begitu sahaja, tanpa ada serantaian coretan yang menjadi kenang-kenangan untuk generasi yg akan datang!!!! ha..ha..ha, umee dah start merepek! ok, stop!! nonsense///

ok lah, salam perkenalan..semoga blog umeekidos ni dapat membantu dan memberi inspirasi pada ibu muda dan bakal ibu. umee suka share...umee share ape yg umee dah lalui dan umee tahu ye!!! semoga usaha umee disini untuk membantu golongan yang memerlukan dapat menjadi saham akhirat umee nanti... umee buat untuk kehidupan selepas mati! hidup umee, untuk keluarga umee...anak-anak umee!

daaaa,aaa,a,aaa.. next post akan dihupdate lagi oleh umee ye...yesssza...take care u ollz... jgn lupa follow umee ya!