Saturday 25 April 2015

Excited Menanti Orang Baru???

Pasti mommy2 teruja untuk menyambut orang baru kan? Haaaaaaa... macamtu lah perasaan setiap ibu di dunia ini. Umee dulu, masa anak sulung... memang excited gilerrr tiap-tiap hari pasti pandang cermin, cakap dengan baby. "Baby, cepat-cepat keluar ye. Umee xsabar nak tengok baby, nak main dengan baby".. hahaha, bila diimbas kembali kenangan silam tu.. mesti umee gelak sorang-sorang!

Umee kan, kalau pergi pasaraya..kompom xde tempat lain umee jenguk dan lawat. Kompom!!! kompom kawasan baby.. (melawat kawasan...) umee akan buat list, barang keperluan bayi, barang semasa pantang, barang itu dan barang ini. Kalau boleh, umee xnak missed satu barang pun masa dalam pantang tu. Sebab, dalam pantang kita xboleh g shopink..xleh g beli itu..ini.. dan itu pentingnya list barang keperluan sebelum melahirkan dan beli barang keperluan sebelum melahirkan. Masa umee bersalinkan anak sulung tu, tahun 2008.. masatu belum rancak lagi window shopink kat tenet ni..kalau ada pun, xberapa nak percaya dan xberapa nak pandai nak beli belah tenet ni.. huhu, so, umee pasti akan setelkan barang keperluan sebelum umee bersalin.

Masa umee pegnen anak first tu, umee duk jauh dari family umee. Umee duduk Taiping dan mak umee duduk Rawang. so, umee memang kena bergerak secara individu haha.. umee kena belajar untuk kendalikan bayi nanti dan juga pengalaman mengandung tu belum pernah umee rasai. Umee banyak belajar daripada pengalaman ipar duai dan membeli buku Pa & Ma setiap bulan tanpa missed. Umee nak yang terbaik untuk anak umee nanti. dan lagi satu, umee suka bertanya pada doktor atau nurse tentang permasalahan yg umee alami masa mengandung. Contohnya, umee akan tanya kenapa makan ubat ni, apa fungsinya sebab umee nak ambil berat tiap perkara. Kadang-kadang umee tengok, ada mommy yang ambil lewa tentang kesihatan dia dan bayi yg dikandung tu. So, umee belajar dan timba ilmu demi anak umee. Mommy2 sekelian, ingat ye, jangan ambil ringan tentang mengandung ni... 2 nyawa kita kena jaga semasa mengandung dan bersalin. Nyawa kita sendiri dan nyawa bayi kita. Siapa xsayang anak kan??? so, be allert ye tiap permasalahan dan tiap kejanggalan yang berlaku.

Banyak benda yang kita kena belajar untuk jadi ibu baru ni. Ibu baru, serba baru! dalam serba baru, banyak benda yang kita terpaksa korbankan nanti..Antaranya ialah korban masa tidur, korban masa rehat..bak kata orang tua2 kita, "kita perempuan ni, memang banyak benda nak kena jaga, nak kena korban!!!, mengandung lain, bersalin lain dan lepas bersalin pun lain...bab baby lain, bab anak lain..dan pendek kata, selagi kita hidup ni, selagi tu kita kena korban dan kena urus!!!".. tapi xpe, semua tu rencah ratus hidup.. semua tu asam garam hidup... disitu kita belajar dan disitu kita timba pengalaman. Apa pun, pengalaman menjadi ibu ni, adalah pengalaman yang terindah dan menjana pahala..andai kata kita redha dan tabah!!!

Okay mommy-mommy sekelian, umee akan share sikit tentang perkara-perkara asas yang perlu mommy-mommy sediakan untuk menyambut orang baru nanti. Mommy juga boleh jadikan ini sebagai panduan sebagai persediaan awal mommy nanti ye.. Semoga ianya bermanfaat untuk mommy sekelian...

  • Baju Baby (baju lengan panjang, baju lengan pendek, singlet lubang-lubang)
  • Seluar Baby (seluar panjang, seluar pendek, seluar lubang-lubang)
  • Sarung Tangan & Kaki - Bayi perlu memakai sarung tangan dan kaki untuk mengelakkan kuku baby terkena pada mukanya dan untuk elakkan bayi kembung, sebab angin mudah masuk melalui tapak kaki.
  • Topi Baby - Untuk melindungi kepala bayi daripada dimasuki angin. Boleh juga digunakan topi bayi untuk membawa bayi mengambil vaksin di klinik.
  • Barut Baby - Juga untuk mengelakkan baby kembung, sebab angin mudah masuk melalui dada bayi yang terdedah. (umee suka gunakan barut yang ikat daripada barut zap yg melekat. sebab barut yang diikat lagi kemas dan tidak mudah terrtanggal.)
  • Beg Baby - Perlu ada beg untuk membawa bekalan baby untuk kemana-mana seperti minyak bayi, pampers bayi, baju extra bayi, barang keperluan bayi yang sepatutnya.
  • Termometer - Ini sangat penting, jika kita ada baby dirumah. Saya amat syorkan mommy-mommy membeli termometer ini di farmasi yang berhampiran untuk kegunaan mommy waktu baby tidak sihat. Dengan termometer ni,mommy boleh melihat sendiri suhu badan baby sewaktu demam. jika baby terlalu panas atau suhunya mencecah 39 darjah celcius. mommy harus risau dan bawa anak mommy ke hospital dengan segera. Sebab, mommy xboleh menggagak suhu badan baby dengan telapak tangan mommy. Baby ni, kadang-kadang panas..tapi suhunya biasa sahaja. cuma cuaca yang membuat bayi seperti demam..haaa, nampak x kegunaan termometer ni?
  • Bedung Baby - Mommy harus bedung baby sehingga baby 3 bulan.. (waaa anak umee xtahan dibedung...kalau bedung pun, xsampai 10 minit..dia dah pandai keluarkan tangannya...) menurut kata orang-orang tua kita, bedung baby, untuk bagi baby tidur lena tanpa gangguan..
  • Lampin / Pampers - Kebanyakkan mommy-mommy sekarang adalah mommy berkerjaya, so, memang tidak boleh memakai lampin kain tu, so, mommy kena sediakan lampin pakai buang (pampers). dan ingat ye, nak beli pampers ni..jangan banyak2 sebab baby selalunya akan cepat naik berat terutama baby susu badan. so, kalau mommy beli pampers size new born banyak atau nak buat stok, baik abaikan..sebab, bila baby dah tambah berat badan, size newborn dah xmuat untuk baby!
  • Tuala Baby - Cari tuala yang serap air ye mommy. Tuala ni, kalau boleh cari 2,3,4 tau..sebab baby xpandai cakap bila nak poo-poo.. hihi... dan kena jaga kebersihan tuala, sebab kulit bayi sannngggaaat sensitip tau mommy.
  • Tikar Getah - Ini juga penting, untuk kegunaan bayi selepas mandi. Dan jika baby pee, xdelah basah tilam ye tak?
  • Tuam / Tungku Baby - Selepas mandikan baby, tuam kawasan perut baby bawak sampai ke ari-ari baby serta pinggang baby dan seterusnya punggung baby..Tapak kaki baby juga perlu dituam untuk mengelakkan baby kembung dan jika baby mommy adalah baby lelaki, kita kena tuam tiap kali lepas mandi sebab nak elakkan angin pasang.
  • Minyak Baby - Selepas mommy tuam baby, mommy letak minyak baby pada perut baby, pinggang dan tapak kaki untuk mengelakkan baby kembung perut. urut-urut sedikit untuk hilangkan stress baby (baby juga ada stress ye). dan fungsi urut juga adalah mengeratkan silaturrahim antara mommy dan baby. Ada fakta yang mengatakan, bayi yang diurut akan lebih tenang berbanding bayi yang tidak diurut...okey, pasal minyak pula, mommy boleh try ,minyak anugerah daripada produk anugerah. selain daripada ia mengelakkan perut bayi kembung, ia juga sebagai satu pendinding pada bayi, kerana minyak anugerah ni adalah minyak yang telah dibacakan ayat-ayat al-quran. kita kan nak yang terbaik untuk bayi kita. Minyak anugerah ni wangi, sedaaaap sangat baunya!!! dan bila pakai..baby akan kentut-kentut untuk buang angin..maknanya, ia meresap cepat dalam kulit baby. (dulu, umee pakai minyak yu yi cap limau.. dari anak sulung, kembar dan anak ketiga...tapi, bila anak last ni... umee dengar banyak na gosip2 pasal minyak yu yi ni..so, perasaan tu agak dah was2, so sejak anak last ni, umee memang dah berhijrah ke minyak telon anugerah)
  • Tilam Baby dan bantal baby - Tilam penting juga untuk tempat meletakkan baby. cari tilam yang berasaskan kekabu untuk keselesaan baby (tapi, agak mahal sedikit berbanding tilam polister). Bantal baby perlu cari bantal yang berlekuk ditengah, sebab bila baby tidur, baby akan tegak kepalanya, sebab..bila guna bantal yang biasa, mungkin baby akan memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, kepala baby amat lebut tau.. dan jika baby asyik memusingkan kepalanya ke arah kiri atau kanan, kemungkinan besar kepalanya akan kemek sebelah...haha,, xcaya? (umee ada pengalaman bab ni, orang tua cakap..kepala anak akan 'peheng' sebelah.. haha, memang tidak bulat la kepala anak kita nanti!). anak umee yang no 4 tu yang peheng..huhuhu..kadang2 bila nak carikan songkok kat dia..mesti salahkan diri sendiri.. sebab aku lah, kepala anak aku peheng..hahaha (so, umee share sini ye...supaya kepala anak mommy xpeheng juga...)
  • Kelambu Baby - Kelambu sekarang banyak jenis dah, masa umee dulu, kelambu yang boleh kembang kuncup tu!!! kalau salah tarik..mau kuncup dengan anak sekali..haha.. tapi sekarang ada dah kelambu macam tudung saji tu.. baby tidur dalam dan ada kelambu siap.. ermmm terpulang pada mommy, tapi, kelambu memang perlu untuk melindungi baby daripada nyaaaamuk!!! kesian kat baby, jika kena gigit nyamuk.. kita yang tua ni pun rasa gatal..apalagi baby, dah la baby xpandai garu!!! dan nyamuk juga bahaya ye...
  • Besen Mandian - Baby memerlukan besen mandian khas. Jangan mandikan baby dengan air pancut secara terus dan juga dalam baldi... tapi, umee yang malas ni, suka mandikan baby kat singki aja.. hihi (malas nak cangkung!!!)
  • Tisu Basah - Perlu untuk mengelap poo-poo baby sewaktu dalam pantang. atau juga mengelap kotoran pada baby. 
  • Sikat, Pemotong kuku, Sabun Mandi, Bedak dan barang keperluan lain jika dirasakan bersesuaian untuk bayi mommy.
  • Pengepam susu - Sediakan alat-alat untuk membantu mommy menyusu secara ekslusif. Tanam niat dalam diri, "aku nak susukan anak aku selama 2 tahun..semoga aku berjaya".. hari-hari cakap, hari-hari doa begitu, semoga Allah memakbulkan doa mommy. Antara barangnya ialah, botol simpanan susu perahan, pam susu, warmer, sterillizer, beg khas, pek ais.. (untuk maklumat terperinci tentang hal simpanan susu ibu dan perahan susu ibu ni, sila rujuk entry yang akan datang..dimana entri khas untuk mommy yang nak info tentang susu ibu ni. Umee akan gagahkan untuk manfaat mommy-mommy semua!!! in syaa allah.
  • Set Berpantang - Plan awal-awal untuk set berpantang. selalunya set berpantang ni mahal sedikit dan susun budget mommy untuk memilikinya di saat kita melahirkan. Umee guna set berpantang Shaklee. Sesiapa yang ingin ketahui set berpantang shaklee, sila personally message umee ye..umee akan guide mommy untuk kelihatan cantik, menarik dan tertarik sewaktu berpantang!!! (nanti kita cerita panjang pasal perihal berpantang ni tau!!!) ~ follow je umee punya blog ni.
Diatas, adalah sedikit info tentang barang keperluan baby. Barang-barang ni memang umee gunakan dan sentiasa sediakan untuk menyenangkan urusan umee. Umee kan nak yang terbaik untuk anak umee.. mommy pun begitu kan!!! so, semoga ianya bermanfaat untuk mommy2 sekelian..

Thursday 16 April 2015

Sihir-penyihir!!!

Takut wooo dengar ungkapan tu!!! seumpama si pelaku...semua orang takut disihir kan... so, hakikatnya apa jua yang berlaku dan terjadi, ia tetap di izinkan oleh Allah swt untuk berlaku pada diri kita... so, kita terpilih untuk mendapat nya lah!!! banyak faktor dan banyak persepsi tentang bende alah yang satu ni, namun..pada sesiapa yang dah rasai, dia mengerti dan memahami apa dan bagaimana disihir!!!

Assalamualaikum w.b.t,

dah lama umee x hupdate blog kan, umee berperang dengan keadaan sebenarnya. umee berperang dengan emosi, dengan perasaan. Umee dah penat dan lelah dengan apa yg terjadi. Namun, umee tetap berusaha untuk mencari penawarnya. Prinsip umee 1 je, hidup..mati kita hanya bergantung pada ketentuan Illahi...(ingat tu!).
semua orang akan diuji, akan diduga, cuma bagaima caranya itu bergantung pada diri individu, kuat ke..xkuat ke, juga bergantung pada diri individu juga! cuma umee pegang satu benda. "orang yang diuji, adalah orang yang kuat dan dia mampu untuk menanggung ujian itu.. sebab Allah hanya akan uji hambanya mengikut apa yg hambanya mampu! sebab Allah xuji hambanya jika hambanya tidak mampu".. so, conclussion nya..aku dapat semua ujian ni, sebab aku MAMPU!!!

Umee dah berubat dengan pengamal perubatan Islam, Umee dapat jawapan yang sama! Bukan umee nak percaya benda khurafat, tetapi umee percaya pada ini semua qada'dan qadar Allah. Umee sudah sedia maklum si pelaku nya, dan umee sudah bersedia dari segi mental dan fizikal (eceh, kunun!!!). Cuma, dalam waktu sekarang ni, umee kena overtime zikir, overtime doa dan overtime tingkatkan kekuatan serta pendinding diri.

Umee pernah bekerja, tapi umee dah berhenti sebab perkara seumpama ini, umee dipergunakan untuk kepuasan hati individu! Melampau!!! tapi xpe, jumpa kite disana yeee... hokey, umee menangis, sebab hilang punca pendapatan. dengan anak yang masih kecil2..dengan suami yg bekerja sendiri. umee stop disitu secara tiba-tiba. perasaan direntap itu sangat menyakitkan. namun, kita tidak bersendiri..percayalah, umee istikharah..umee tahajud cinta pada pencipta..umee mohon agar dipermudahkan masa hadapan yg umee rasa kelam dan kabur!!!

kegelapan dirasa semakin bersinar, bila satu persatu dugaan diganti dengan kenikmatan. umee hilang satu punca pendapatan, mata pencarian..tetapi, umee dapat seribu nikmat hidup!!! lepas, satu sinar..satu lagi kerdipan yg bakal menyinar. umee yang hampir layu, kembali bersemangat dengan hidup yang sangat adil bagi umee. umee diuji, tapi umee belajar..umee kalah, tetapi umee tidak mengalah, umee dilemahkan, tetapi umee bertambah kuat.

dari sehari ke sehari, Allah tetap memudahkan setiap langkah umee...memang!!! memang ada langkah yg terkehel..tapi, umee cepat2 perbetulkan dan cepat2 berdiri tegak seperti asal. sebab umee xnak jalan senget. bila umee jalan senget, hati umee xtenang dengan gaya jalan dan jiwa umee tidak selesa dengan penampilan umee pada umum! umee terus mengharungi dengan seribu kepayahan, belajar bangun dari jatuh sangat sakit, sangat penuh keperitan. segalanya perlu bermula dari mula!!! syukur, umee ada mak yang selalu menyokong umee, selalu memberi ilmu alam yg semakin bergelora..adik beradik umee yg sentiasa disisi membantu umee disaat umee memerlukan, dan ipar duai umee yang sentiasa memberi semangat positif pada umee!!! mr perfect 10 dan kidos-kidos umee juga adalah sumbangan semangat terbesar umee!!!

bulan demi bulan, umee memulakan menjahit dan seterusnya men'design... umee juga buat jualan langsung yang xpernah terlintas dalam pemikiran umee suatu masa dulu!!!-umee agen shaklee-. dan umee sedikit demi sedikit menapak mencari rezeki...namun, rezeki Allah itu luas..sungguh luas!!! cuma cara bagaimana kita nak mencarinya..kita kena lah berusaha. sebab, rezeki tidak datang bergolek-golek. dan, alhamdulillah, umee setia dalam umeedesign lubuk rezeki umee. umee buat perlahan-lahan dan akhirnya customer umee percaya yg umee boleh buat dan beri umee dari satu job hingga kini 13 list job umee!!! nampak remeh, tapi ianya satu permulaan yang baik.. umee bersyukur sebab setiap hari, ada sahaja improvment dalam bidang yg umee ceburi. segala-galanya dipermudahkan! syukur ya Allah...

Kini, dah sebulan umee fokus pada umeedesign umee. Umee puas dengan apa yg umee lakukan. sebab umee boleh fokus pada family dan pada masa yang sama, umee boleh fokus pada rezeki!!! mungkin ini sangat simple dan xmungkin umee boleh sekaya org kaya diluar sana. tetapi, jika kita ada impian yang tinggi, semangat yang tinggi..benda yang kecil, kita boleh besarkan kan... benda yang rendah..kita boleh tinggikan kannn....

namun, dalam kerakusan umee menebar hari demi hari, umee diuji buat kedua kali dan sebenarnya kali ketiga!!! dia datang menyerang dan mengganggu hidup umee lagi. umee dapat rasa, bila kesihatan umee tidak normal. selalu mengamuk, selalu meradang, perkara rutin jadi satu bebanan..dan sampai tahap, kerja umee yg design mendesign tu, umee xreti buat. umee blur, umee xtahu, apa umee nak buat! buka komputer, umee blank..umee fikir design tu, design ni..buka, tutup..buka..tutup... umee sentiasa lapar dan umee mengantuk yang bagai digam2 mata ini. hal keluarga umee memang tunggang langgang..umee xkemas rumah, umee xgosok baju sekolah anak2.. umee abaikan makan minum anak2 dan suami. apa yang umee nak, umee nak sendiri, melayan diri. umee benci group mengaji umee!! umee benci pada kehidupan umee.... umee xsuka buat walau sebesar guli kebaikan. dan bila start umee bermimpi ular hitam yang besar, malam pertama..dan malam kedua serta malam ketiga...dan akhirnya umee bermimpi bayi mati depan mata umee..ini, sudah keterlaluan. umee kena cari jalan untuk pulihkan keadaan!!! umee cerita pada suami..(seperti biasa, respon suami umee..."ala, umee punya perasaan aje"...hahaha).

one day, umee minta izin suami umee untuk pergi berubat..dan umee telah membuat temujanji dengan ustaz nasri di Serendah!!!dalam pada yang sama, selepas umee buat temujanji tu, umee sihat seperti biasa, umee jadi diri umee yg dulu, periang, rajin, bersemangat, (haha...puji diri..) dan yg penting umee dah boleh buat design semula..dan umee dapat banyak idea yang bernas2...wah,wah,wah... (u all tengok sendiri perangai syaitan a.k.a jin ni..).. pandai dia berlakon kan../

pada hari yg ditetapkan, umee dah bersedia dari segi fizikal dan mental, tapi kawan umee buat spoil...dia pulak tetiba demam!!! (adoyaiii...dugaaaaaaaannnnn!) so, umee cakap dengan kawan umee "kalau akk dah sihat, akk terus je datang ambil sy dirumah..cuma mesej ckp akk nak gerak je, saya fahamlah"... (sampai tahap macamtu.) so, harini,(16/04/2015) secara tiba2 kawan umee datang dan ambil umee untuk pergi berubat tu, kami dengan berlagak cakap..kami sebenarnya xsakit..(ceeewaaahhh..jin berlakon lagi)...

sesampainya di pusat perubatan tu, angin kami berdua dah naik ke kepala, kami juga sebu yang teramat sebu, mana tak nya...budak2 hafazan tengah menghafaz al-quran...berdengung2 kami dengar!!! aduiii yaiii... tapi kami berdua cakap pada diri kami kuat2..(kami kuat..kami nak lawan..) istifar banyak2 dan kami melangkah masuk... kawan umee muka dah xboleh blah..hahaha, pucat lesi dan dia tetap melawan..umee dah keluar dari rumah tu..umee ditarik balik masuk kedalam dngan perasaan melawan... dan akhirnya proses berubat berlaku... tetap!!! sama jawapan yg diberikan si Uztaz tu.. mula2 umee bertanya..kenapa dia buat saya? apa yang saya xpuas hati??? erm...setelah diberi penerangan dan diberi kekuatan..akhirnya umee akur, sebab musabab ianya terjadi. dan akhirnya kami balik dalam keadaan yg masih kabur, namun..masih ada susulan!!! Ya, aku dan kawanku akan tetap pergi..in syaa allah.."setiap penyakit pasti ada ubatnya, kecuali MATI"...

*itulah kisah sihir umee yang pertama. tunggu sehingga rawatan selesai ye, dan umee mohon doa kalian untuk doakan kesejahteraan umee, keluarga umee dan anak2 umee!!!

salam sayang dari umee...

Friday 3 April 2015

EXAM ONLINE...

Kisahnya bermula disini,
heeehhh!!! macam gayat je entry ume memula ni kan... anyway, umee ada kerja yang perlu disiapkan, sebab customer bertalu-talu menelepon dan mewasap umee..umee yg berasap nak jawab for every hour...tapi, tak pe lah.(umee tak boleh merungut, sebab ini memang kerja umee kan)

Hokeyyy, umee kalau dah penat otak, umee memang rest dulu, kasi ada mood balik nak mendesign dan bila otak dah cukup rehat, dia boleh menjana idea yang bernas dan ilham yang pelbagai. Otak kita ni, related ngan sistem saraf dalam badan kita juga, kalau kita penat, pressure dan ngantuk..memang sel-sel otak xakan berhubung! jadi, rehatlah, cari masa untuk pulihkan kembali otak yang diperah2 tu. kesian kat otak!! bila otak penat, anggota lain dapat isyarat yg kita xoleh buat!!! Jangan paksa.sebab, bila paksa..semua xakan menjadi dan kalau jadi pun, hasilnya xseperti yg kita harapkan. (so bad kan...)

Umee hupdate entry ni pukul 12.35 malam. Mr Perfect 10 umee dah pergi memancing! so, umee feeling2 sorang2 dan hupdate blog ni. Umee just nak sharing yang umee buat exam online for SPA punya 1st calling...Haaa..umee nak story ni je la. Umee tunggu panggilan ni lama tau!! selama berbelas tahun ade kot...ye la, umee start isi masa umee umur 18! sekarang umee dah 30...x ke 12 tahun menunggu tu? ngeh2x...

Umee pernah dipanggil temuduga di Putrajaya pada tahun 2005 / 2006 kalau umee xsalah. sebab umee tgh kerja dan sambung short course kat kl. Umee duduk Wangsa Maju dan Umee dapat information lambat. Dia panggil masatu untuk jawatan Pelukis, dan kena exam juga..tp exam melukis di Putrajaya. Umee dengan buat muka selamber jer...wat2 ignore pasal exam tu. Umee malas nak pergi, sebab kena melukis! Umee orang Seni, tapi Umee benci melukis. Umee mmg menyampah la nak lukis2.. Umee suka buat seni menggunakan komputer. so, Umee xcerita pun kat mak yg Umee dapat panggilan exam tu..sebb Umee xnak dapat Ucapan double 'ngok' dari emak Umee. Lepas tu kan, Umee xhingat la macamana perkara ni boleh terbocor... Mak Umee punya la mengamuk sakan dan dia cakap..Umee xkan dapat dah jawatan di SPA selama Umee hidup. So, Umee pun cepat2 call SPA dan tanya tentang masalah yg Umee hadapi tu, SPA cakap nama Umee aka dibawa ke ListBlack.. (haha...black list la)...Memang takut, Memang Seram!!! Yela, anggapan Umee, Umee xkan dapat dah kerja Kerajaan pasni..(singkat Betul Otak kan???)

Dijadikan cerita, one day...Umee dapat maklumat yang sesiapa yg dipanggil..tetapi xpergi tanpa sebarang alasan..namanya akan di blacklist selama 5 tahun je...(eleh..xla sampai bebilaaa...uweeek)..haha melawan lagi kan..huhu

Umee kira pakai tangan yg Umee daftar tahun 2006 dan pada 2011 Umee daftar lagi..tanpa banyak bunyik..haha, Umee cakap..kalau dapat kira rejeki la kan..haha... Umee gigih nak isi dan isi, walaupun dalam hati tahu..yang SPA xkan pandang dah nama ZALITA binti Arazmi ni lagi..haha...
Tup..Tup...tahun 2015, tahun rezeki Umee... Umee di jodohkan ngan exam SPA lagi...wahhh!!!! yahoooooo...Riang hati xpayah cerita lah...Bibir menguntum senyum sahaja..haha, terus capai tudung dan berlari2 anak pergi kerumah mak..(hahaha..ayat tipu je lebih..) xdelah berlari2 anak bagai..jalan macam biasa sahaja..tetapi memang Umee pergi rumah mak, sebab nak peluk mak ketat2. nak cium mak banyak2.. sebab atas doa, sokongan padu dan dorongan mak la..umee masih boleh berdiri saat ini... Kalau tanpa dia, Umee mungkin dah tersungkur dan terjelupuk ketanah..sebab xmampu nak harungi hidup yg penuh rintangan dan cabaran ni... (opps lupa...bukan mak Umee je, Mr Perfect 10 Umee pun sama)...tanpa mereka2 ni semua...siapalah Umee sekarang kan...haha..~love both of them!!! thank you Allah...hadirkan mereka dalam hidup Umee.

so, pada 03/04/2015.. Umee menjalani exam online secara hati yang bersih, tenang dan penuh harapan...so far, xde masalah sangat..cuma Umee banyak bermain dengan emosi dan keadaan sekeliling. (Kenapa?)~ sebab Umee serik nak kerja, mana pulak...Umee suka dah duk rumah..jaga anak Umee yang 5 orang tu dan jaga Mr Perfect 10 Umee. Umee puasa dapat menatap mereka setiap hari dan menjalankan tanggungjawab Umee sebaiknya. Sebab masa Umee kerja dulu, Umee banyak sangat tanggungjawab yg Umee skip. So, bilamana Umee dah berhenti ni, Umee tebus balik lah apa yang Umee tertinggal dulu. Umee suka life Umee. Lagi Mana pulak..ada sedikit hadir perasaan fobia nak berkerja dalam hidup Umee... (fobia???_~ hokeeeyyy..tunggu next entry yang pada mana Umee nak cerita pasal bende tu ye..sebab fobia Umee pada alam pekerjaan!!!

hokeylah, Mr.Perfect 10 dah balik...Umee nak kena berundur dan blog dengan dia pula...next Entry jumpa lagi ye....opsss ya, jangan lupa doakan kebahagiaan Umee dan doakan yang terbaik untuk Umee, anak-anak, Mr.Perfect 10 dan keluarga Umee...thanx ya.... Salam sayang untuk semua.