Monday 4 June 2018

blog apa nih?






hello all,
blog ni, adalah blog ala-ala santai tentang kehidupan, pasal parenting, pasal ketuhanan sikit2. nak banyak-banyak, iolls bukannya arif sangat kan, cuma kak umee just kongsi je, apa yg kak umee tahu dan kak umee dapat dari mata, dari hati dan dari ilmu!!! haaa gitewww...
.
.
kak umee suka baca dan tafsir atau buat kesipulan! jadi, blog ni, boleh je baca oleh sesiapa yg berkehendak dan rasa ianya bermanfaat! xde masalah, as long u dapat manfaat dari blog ni ye tak.
.
.
ada beberapa kolum di atas, untuk uooolss terjah, ada kolum penyusuan susu ibu, ada kolum bersalin dan pantang, dan dunia anak... nanti ada satu lagi kolum juga, iaitu inspirasi.. in syaa allah, kak umee akan cuba update sesekerap yang mungkin!
.
ok lah, anda ada pertanyaan? boleh dropkan di komen ek!!!

astaghfirullahalazim...

astagfirullahalazim...
ya allah
lama giler kak umee x update blog ni, dah bersawang-sawang dah hoi!!!
hampir lupa dah... subhanallah, bila dikenang2 balik tadi kan.. kak umee bermonolog sendirian...
"xlama lagi, jiran kak umee, sahabat kak umee, sefufu kak umee akan melahirkan baby memasing yang so chomel tu!!!" so, kak umee kena kerja keras sikit la. nak beli vaju si kecil tecik mucik tu!!! 3 oghang wei.. haha...
.
.
jadinya, bila ber-monolog begitu, tetiba kak umee teringat! "weiii, aku ade blog le..." hahaha... kak umee search dan seach..jumpa ko!!! hahaha, mmg rezeki deme la tu kan...
.
.
dalam ni, xbanyak sangat, tapi boleh la share2 apa yang patut kan...semoga bermanfaat buat mereka2 tu. by the way, kak umee mmg nak menulis banyak masa tu, tapi memandangkan kak umee baru bergelumang dalam bidang bisnes kak umee, so... kak ume triplet bz ngan kerjaya kak umee!
.
.
tapi, sekarang.. lagiiii bz you!!! cumanya, kak umee nak bergelumang balik dalam dunia kak umee iaitu dunia penulisan dan idea kretip!!! ahahaha...(tapi, kena pandai curi masa la kannn)
.
.
kak umee, seorang yang tak banyak bercakap, tapi banyak menulis. kak umee suka menulis. dan, kadang-kadang..kak umee boleh tulis sebuah cerita tentang apa yg berlaku secara spontan depan mata!!! hahaha!
- tapi, cerita kak umee xbanyak bercakap ni ialah 10 tahun lepas la!
.
.
kak umee dah berkahwin 10 tahun pada masa kak umee menulis blog harini. jadinya, di awal 3 tahun perkahwinan, kak umee adalah seorg yg transform kepada org yang banyak bercakap dan kurang membaca sebab, kak umee sedang membesarkan anak-anak-anak...kiki,
.
.
sekarang, anak kak umee dah meningkat dewasa, zaman kak umee mendokong dan membasuh berak anak, setakat ni dah pencen la! (mereka dah boleh berdikari), jadi... ni zaman kak umee nak berkhayal balik.. nak cari ilham dan inspirasi balik tau... dan, mungkin lepas ni, kak umee akan jadi manusia macam dulu balik la... menulis, membaca, menulis kan! -doakan ye!
.
.
ok lah, kak umee bersihkan sawang dulu ye, esok kita sambung!!!
tentang kehidupan, tentang ketuhanan, tentang perjalanan...
daaaa

*bila umee menulis

Sunday 5 June 2016

Salam ramadhan 2016

Berjumpa lagi kita tahun 2016 ni kann!!! ~inshaallah... Dalam masa xsampai beberapa jam, kita akan menikmati indahnya malam ramadhan yang ditunggu. Bertarawih pada yg berkemampuan dan berkesempatan.
Nah, alhamdulillah... Umee jua begitu! Diberi peluang dan kemudahan untuk bertemu ramadhan kali ini. Tatkala diri merenung iman dan amal... Masih lemah tersadai dan perlu dibaiki. Semoga bengkel ramadhan ini mampu menambah power keupayaan iman dan taqwa. Agar dapat menjulang pahala dan berkat yg tiada putusnya dan semoga ianya istiqamah pada bulan-bulan selepasnya.
Kepada ahli keluarga, sahabat handai dan teman2 seperjuangan, umee doakan dan bermohon pada tuhan.. Agar kita sama2 diberi kekuatan dan kesejahteraan di bulan mulia ini. Semoga amalan kita dan kalian diterima dan diberkati serta dilimpahi rezeki yg melimpah!
#salamRamadhan #umeedesign #umeekidosfive #alapDesign

Tuesday 27 October 2015

Untungnya Anak Nakal dan Aktif!!!

assalamualaikum wbt
selamat pagi rabu yang ceriaaa

pagi ni, umee saje testing luangkan masa untuk berblogger lagi!!! hihihi.. lama na tinggalkan blog ni susah jugak kan!!!

ok, selamat tahun baru hijrah untuk semua umat islam. Semoga tahun baru yang akan kita lalui ini..akan bertambah berkat dan bertambah rezekinya..-aamiin...


by the way.. entry kali ni, umee nak sharing2 lah cerita-ceriti pasal anak-anak kita ni! Anak-anak adalah anugerah terindah yang kita miliki. Zaman kecil ini lah, zaman dimana kita boleh mencorak mereka untuk jadi apa bila dah besar nanti!!! Mengikut kajian, setiap tahun yang berlalu itu, mempunyai masa-masa tertentu perkembangan mereka! so, siapa yang kena alert? siapa yang kena pantau setiap perkembangan anak itu? -kita lah kan, sebagai ibu dan ayah mereka...
Jangan biarkan masa kecil mereka terbiar begitu sahaja tanpa sebarang kasih-sayang kita, tanpa perhatian kita (kerana terlalu leka dengan kerjaya dan tugas seharian kita.)

Anak-anak yang sedang meningkat usianya dari tahun ke tahun adalah suatu perkembangan baru dalam diri mereka!!! Semua benda yang mereka lakukan adalah atas penerokaan mereka tentang dunia kita.. Mereka belajar dari mata! Mereka melihat apa yang kita lakukan seharian!!! Mereka membesar dengan suasana yang kita ciptakan. Dan... otak mereka mentafsir segala yang kita dedahkan dan akal mereka mengajar mereka tentang apa yang mereka nampak dan dengar!!! so, wujudlah satu proses pembelajaran dimana mereka mengganggap segalanya adalah teori dan amali supaya mereka faham dan dapat menyesuaikan diri di sezaman kita.

Bagi mereka, "jika ibu ayah aku buat, aku pun ingin buat dan cuba buat!!" sebab itulah.. seringkali kita lihat anak mengulang-tayang apa yang kita sendiri lakukan pada mereka, pada adik, abang, kakak mereka.. bahkan lebih teruk..mereka juga melihat bagaimana kita lakukan perkara apa-apa sahaja dengan ibu-bapa kita (nenek-datuk mereka..) nah!!! besar tak impaknya??? dan ada masa dan ketikanya, kita seringkali bertanya pada diri sendiri ataupun bercerita dengan kawan-kawan kita yang anak-anak kita pandai itu, pandai ini, tiru itu..tiru ini dan cakap itu serta cakap ini..persoalannya "dari mana mereka belajar???"... 

Yaaaa... itulah jawapannya!!!, sejak hari pertama mereka dilahirkan lagi, mereka sudah mula meneroka dan belajar tentang keadaan sekeliling!!! bahkan lebih ajaib..mereka sebenarnya juga belajar daripada dalam perut kita!!! -percaya atau tidak, memang kita kena percaya...
Tu sebab, Islam suruh kita banyakkan berzikir, banyakkan buat benda baik, banyakkan mengaji Al-Quran.. sebab apa? sebab anak yang dalam perut kita tu!! -sebab anak yang dalam perut kita tu sedang belajar!!! sedang mengenali siapa ibu-ayah mereka, dan itu lah mereka bila sudah keluar!!!

Berbalik pada cerita anak kita ni...
Anak-anak kita memangggg lasak, memang aktif dan kadang kala memang menguji keimanan kita sebagai ibu dan ayah mereka!!! Umee juga, kadang-kala merungut bila mana emosi mengawal diri, persekitaran diluar kawal... sudahnya, anak menjadi mangsa!!! kemudian, menyesal sebab hal kecik, benda kecik yang anak ingin tahu, umee xdapat nak selesaikan... xdapat nak kawal keadaan dan xdapat nak tunjukkan sikap positif dalam diri anak itu!

Secara umumnya, umee juga manusia biasa yang sering sangat melakukan kesilapan demi kesilapan. Dan, disebabkan itu lah, umee cuba belajar dan terus belajar untuk mengurangkan kesilapan dan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Caranya mudah, kita sebagai ibu-ayah ni, perlu dan harus menggali ilmu kekeluargaan, ilmu parenting (ilmu keibu-bapaan)... belajarlah, selamilah, carilah seminar (jika berkemampuan..), jika tidak, cari buku... paling tidak pun..banyakkan mendengar program-program ilmiah di televisyen, radio dan juga internet!! banyak sangat kaedah untuk kita menuntut ilmu zaman moden ni, antara mahu atau tidak mahu sahaja!!!

Anak-anak memang nakal! sebab mereka sedang bereksperimentasi dengan alam mereka. Mereka mencuba sebab mereka ingin meneroka dan mereka membuat sesuatu perkara mesti bersebab!!! Cuba tanya mereka..apa mereka sedang lakukan, dan ingin mereka lakukan sebenarnya???" sudah pasti jawapan mereka, akan membuatkan kita merasa kagum atau kita sendiri tertanya-tanya 'bagaimana anak aku seusia ini, mampu berfikir seperti orang dewasa...' - tak terjangka kan? tapi, itulah anak-anak kita... mereka seringkali membuat suprise untuk kita.. cuma kita sabar atau pun tidak sabar dengan tindakan mereka itu!!

Pandangan umee..biarkannnnn... biarkannnnn.... biarkannnnn.... biarkan mereka bereksperimentasi dengan dunia mereka. sebab, daripada eksperimen mereka tadi, mereka dapat jawapan untuk persoalan mereka sendiri dan kadang-kala persoalan kita juga!! dan, daripada situ lah...kita tahu tahap mana kemampuan anak-anak kita, kreativiti anak-anak kita dan perkembangan sel-sel otak mereka!!!

Mereka buat semua benda, mereka usik semua benda sebab mereka NAK TAHU!!! bila mereka tahu, mereka dah tidak buat... dan bila mana mereka main, mereka seronok serta mereka meneroka pula untuk menggubah sesuatu mengikut perspektif mereka!!!!! dari situ sel-sel otak mereka berhubung dan dari situ perkembangan otak mereka bermula. 

Jangan sesekali kata TIDAK!!!, NO!!!, JANGAN!!! sebab semuanya akan terencat disitu dan percayalah, keyakinan anak anda semakin hari semakin merudum dengan 3 perkataan negatif itu!!! Jangan salahkan sesiapa jika anak-anak kita tidak pandai itu, tidak pandai ini... banyak perkara yang berkait untuk isu keyakinan diri ini!!! (nanti ada masa, umee kupaskan isu keyakinan diri anak-anak ni ye..) cuma, tu lah, umee memang amat sarankan ibu-bapa menghadiri kelas keibu-bapaan. Ianya sangat-sangat berguna untuk kita mendidik anak-anak zaman sekarang ni!!! Umee juga sedang belajar, dan juga belajar daripada pengalaman, so...umee manfaatkan disini! 

*****************************************************

*Gambar di atas, umee tidak menyangka yang mereka mampu membuat rumah kecil mereka untuk mereka bermain! Mula-mula tu, umee memang nak marah, sebab mereka main bantal2, main selimut, selerakkk... serabuttt!!!!! tetapi, bila mereka pergi ke sekolah.. umee menghargai usaha mereka!! umee bangga mempunyai anak selincah mereka2.. umee bersyukur sebab mereka kreatif dan berinovasi!!! ini, satu langkah kedepan yang menunjukkan anak2 ini bijak!!! ya, anak-anak umee bijakkk.. -ANAK-ANAK KITA BIJAK, ANAK ANDA JUGA BIJAK....

So, jadilah ibu-bapa yang bijak juga!!! Hargai usaha mereka, Bantu perbetulkan kesilapan mereka dan sama-sama dengan mereka untuk meneroka dunia ini dengan berlandaskan iman, amal dan taqwa!!!

*semoga mereka menjadi anak-anak yang pandai, bijak serta berdikari untuk agama, bangsa dan negaraaaaa...!!!

Sunday 4 October 2015

Bersihkan Habuk...

Assalamualaikum

Selamat Malam!
Apa benda yg bersihkan habuk tu ye? huhuhu, dah berhabuk blog umee ni.. 
tak dibuka-buka berkurun lamanya!!! Umee bz yang teramat! tak sempat nak uruskan masa dengan bijak lagi. Hentam kromo, janji perkara yang patut diselesaikan... dapat diselesaikan dengan sempurna. 

Yang agak xbeberapa penting tu, kita buat perlahan-lahan dan bila ada masa lapang. Ermmm, bukan lah umee cakap ber-blogger ni xpenting, tapi.. umee ada yang lebih penting dari blog ni!!! Lagipulak, masa berlalu begitu pantas. Sekejap je dah hari rabu, sekejap je dah hari minggu. Hari minggu pula, ada tak ada masa, umee kena luangkan juga masa bersama anak-anak dan suami! Gotong-royong ke, bersihkan rumah ke! Apa-apalah... untuk aktiviti bersama famili ni.

Umee sekarang...
adalah seorang surirumah tangga merangkap bisnes woman secara kecil-kecilan! Agak mencabar dunia yang umee lalui sekarang, tapi, umee enjoyyyy... Secara jujurnya, ada masa umee boleh menangis, ada masa umee boleh stressssss, dan ada masa...umee boleh menghargai apa yg sedang umee lalui sekarang ini.

Sangat mencabar hidup sebagai surirumah bekerjaya ni. Tapi, umee tanamkan azam!!! umee cakap, kuat dan umee suka hidup yg berombak ni, barulah rare kannn!!! apalah rasa... kalau hari-hari yang kita lalui tu, sama sahaja setiap hari... dan lebih tepat lagi, berjalan sahaja..tanpa jatuh-jatuh!!! Sesekali kita kena rasa juga jatuh ni, baru ada umppph.. 

So umee sangat-sangat bersyukur! sebab umee dapat besarkan anak depan mata dan tengok mr.asben umee 24 hours..(haha.. mengarut lah) - umee rasa, semenjak umee jadi surirumah bekerjaya ni, lagi jarang nak spent time bersama kot!!! yelah, dia sibuk bengkel kereta dia -umee sibuk design umee. setakat jalan laga2 bahu je lah...(bukan sibuk kerja sangat, tapi kami berdua memang kena sangat-sangggat bekerja untuk 5 mulut di rumah ni).

Anak-anak pergi sekolah dan balik sekolah dalam pemerhatian kami, pakai-makan anak kita yang sediakan, dan yang paling berharga-kita dapat solat berjemaah bersama anak-anak syurga dan suami! Umee, lebihkan hal rumahtangga daripada hal bisness! sebab, bila dirumah, tanggungjawab tu semakin bertambah bilamana semuanya depan mata! kalau nak buat-buat tak nampak tu... aishhh sakit mata rasanya! tapi bila nampak dan uruskan hal rumah... sakit telinga pulak -bila customer bising mana design, mana artwork, mana itu.. mana ini.. argggghhhh!!! hampir pengsan jugalah memula handle tanggungjawab sebagai surirumah bekerjaya ni! tapi, lama kelamaan, dapatlah umee balance kan masa tu sedikit demi sedikit. Yang banyak membantu juga, en asben yg selalu memberi kata-kata sakit hati kan!!! -dia cakap memang sakit hati, tapi sebenarnya itu realiti! 

okaylah, umee lap habuk sedikit sajalah malam ni, sebab nak lap habuk kat tilam pulak kan (hihihi).. so, semoga umee diberi kesempatan masa esok atau lusa untuk umee meng-update balik ilmu-ilmu yang bermanfaat ataupun kongsikan perkara yang bermanfaat dalam blog umee ni!

Bila dihitung saat dan ketika kita dalam dunia ni, hanya cebisan kecil sahaja baki sisa hidup yang tinggal, entahkan esok, lusa kita sudah berada dalam dunia yang lain.. Nah, jika tiada memberi ruang masa untuk satu perkongsiaan, bila masa lagi kita akan berkesempatan kan? so, gunakanlah masa yang ada ni, untuk memanfaatkan kehidupan kita yang sementara ini! Mungkin diri yang pendosa ini akan dapat juga menjejakkan kaki ke syurga Allah, dengan perkongsian yang tak seberapa disini.

salam sayang
-umee

Wednesday 29 July 2015

Syawal

Syawal dah menjelma!!!

Segalanya dah terlerai dengan ucapan maaf dan salam bersalaman! Namun, jiwa masih terusik dengan ketidakhadiran seseorang yang pernah hadir dalam hidup umee. Setia menunggu, namun masih tiada kesudahannya penantian ini.

Jiwa ini masih mengharapkan perhubungan seperti dulu-dulu!!! Dari kecil sehingga dewasa kami membesar bersama, tapi.. acapkali diri ini dipergunakannya. Namun, umee sekadar mengharapkan suatu keajaiban akan muncul!!! dari dulu, umee mengharapkan dia berubah dan sedar kesilapan yang dia lakukan- namun ianya hanya sekadar angan-angan kosong oleh hati sepi umee sahaja!

Seperti insan lain... umee hanya mengharapkan persahabatan ataupun hubungan kekeluargaan ini sentiasa mekar bukan kelam dimakan hari. Sebab, antara kita sama-sama akan meniti usia, dimakan usia. sampai bila akan begini? Sampai bila hati ini harus menidakkan keakraban kita dahulu?
mungkin masa yang meninggalkan kita, atau kita mengejar masa depan?

Perasaan ini gundah-gulana semenjak kita beralih-arah, doa ini, sering sahaja mengharapkan dia berubah, namun masih belum masa untuk merubah segalanya! kita tetap seperti sekarang, berpaling apabila menerjah.. menyekat tatkala ianya terbuka!!! Dia pernah menafikan hubungan kekeluargaan ini, tapi umee masih meng iyakan!!!

Dia pernah memalukan umee dikhalayak ramai kerana nafsu amarahnya yang melonjak, kerana keinginannya tidak dapat dilaksanakan... kerana misinya umee tidak pedulikan, namun umee penat!!! kerana, mengikut perasaan emosinya yang sering terganggu- dan mengganggu juga emosi keadaan sekeliling!

Dia selalu mendesak, dia terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada orang lain, dia juga selalu takut dianiaya orang sekeliling.. ini semua bukan salahnya!!!tetapi kerana sifatnya!!! Kadang-kala seringkali tidak disenangi orang sekeliling, tetapi itu suatu penganiayaan buat dirinya. Itu semua satu kecaman hebat dari orang lain untuk dirinya. Dia tidak sedia menerima teguran orang untuk dirinya, dia sering mengganggap orang yang tidak setuju dengan pendiriannya adalah orang yang ego, sombong, bongkak dan perasan bagus!!! Masya Allah, dia meletakkan dirinya di aura negatif!!! bilamana dia berfikiran negatif, aura negatif akan merayau2 dalam dirinya dan yang zahir juga seringkali negatif! Dia acapkali bertanyakan soalan "kenapa orang buat aku begini?" - "asyik-asyik aku yang salah..." -"semua dia je yang dapat, dia je yang bahagia, aku?" namun, jawapannya - sebab dia tak mahu berubah dan xboleh untuk orang mengubahnya!!!

Kami banyak kali bersalam-salaman, bermaaf-maafan tetapi seringkali bertengkar masalah yang sama! Bila umee diam, dia mengandaikan umee sombong, dah kaya-berlagak, xmahu berkawan dengan dia lagi.. oppps, selalu andaian begitu memusnahkan kehidupan kita kan!!! dia silap, umee mengundur diri kerana tidak mahu amarah hati ini berpanjangan dengan sikapnya. Umee cuma ingin meredakan tindakannya yang sering menujah dan menikam memakan diri ini. Kerana, bila umee tersentap, mungkin baginya biasa2 sahaja, dia xbuat apa2!!! tapi, bilamana dia tersentap- dia menyalahkan umee punca segala-galanya!!! umee menyentap perasaannya dari kecil sehingga dewasa!! (wahhh- dari dulu???) dan umee menganiayanyaaa!!!

Tapi, bagaimana yang omongannya pada sekelian alam tentang keburukan umee??? Ramai yang hadir menceritakan keadaan sebenar, siapa dia dalam cerita itu.. dia segalanya yang baik2 dan umee sahaja yang menganiaya!!!

Acapkali umee ditegur keluarga kenapa masih rapat dengannya, umee memberi alasan yang umee sekadar berkawan santai, namun hakikatnya bila mana umee tersentap dengan perlakuannya, keluarga menuding jari mengatakan umee degil!!! dimana lagi hati ini untuk menanggung segala cemuhannya di belakang umee!!! kita menolong dikatakan menipu, namun..sehingga kini apa yang kita tolong tidak pernah dibalasnya dengan ucapan terima kasih!!!!namun, desakan demi desakan dan cemuhan dilontarkan!!! segala pertolongan yang kita mohon, satu bebanan buat dia!!!

seringkali aduan orang sekeliling, dia tidak pernah menghargai orang lain, dia selalu berperasangka dengan keadaan, dia tidak mahu bertolak ansur walau selangkah!!! namun, hati ini menidakkan- umee menceritakan padanya, agar dia berubah..namun umee dipersalahkan kerana memburukkannya!!! secara jujur-jujurnya, umee mengharapkan dia berubah suatu masa nanti!!!

Dia sudah bahagia, dia sudah dapat apa yang diharapkan selama ini, dia sudah pun pergi jauh dari diri ini, namun dia terlupa satu perkara...hati ini tidak pernah merelakan perpisahan dan kedinginan ini, doa umee saban hari agar dia dilimpahi rahmat Allah swt dan hidayah Allah swt.

Melangkah hati ini,
berlari hatinya...
segumpal doa ini,
leraian diperjalanan kehidupannya!!!

salam sayang dari umee untuknya!!! harapan umee juga, agar kita dapat melalui kehidupan dunia ini seperti dahulu dan sehingga ke akhir masa kita di dunia ini. Tapi kerana apa?

*kerana dia kawan sewaktu kecil umee, dia yang umee kenal sejak diri ini kenal dunia...

Monday 6 July 2015

Mencari lailatulqadar vs menerima qada' dan qadar Allah...

Malam lailatulqadar akan berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan!!!
Bila sebut 10 malam terakhir, bermakna ramadhan jua akan berakhir... Namun, dimana kita dalam bulan ramadhan ini?  Masih mencari dan teruskan pencarian atau menangguhkan pencarian? Walau apa jua yg kita kejar... semoga ramadhan kita tidak ketinggalan dan berdoalah agar kita akan ketemu ramadhan yv akan datang!!!

Umee,
Mencari lailatulqadar didalam keredhaan menerima qada' da n qadar Allah swt...

Ya, umee disini menghitung setiap saat untuk dibawa ke dewan bedah! Ianya hanya sikit dan masih boleh dikira minor operation! Tetapi infact...ianya major operation bagi para mediks!!!

Umee terima qada' n qadar Allah ini dan mengganggap ianya kecil untuk meringankan sedikit mainan perasaan yg telah diamuk kencang sejak beberapa hari yg lalu!!! Sedikit bagi pemahaman umee sebagai insan kerdil di muka bumi Allah ini. Sebab, ianya hanya membuang ketulan batu di tepi telinga. Walau bagaimanapun, ianya besar dan mempunyai risiko yg tersendiri!!! Tapi, siapa kita untuk memandai2 dalam qada' n qadar Allah swt ni?... jika rezeki diizinkan wajah ini kekal begini, alhamdulillah!!! Dan jika ditakdirkan jika wajah ini berubah daripada asal... ya, juga alhamdulillah!!!

Sebab apa? Sebab Allah swt yg mengkehendakkan ianya terjadi pada diri umee... kita tiada hak untuk mempersoalkan kerja Allah swt. Yg umee harapkan, supaya umee terus tabah dalam setiap yg diperuntukkan untuk umee!!! Semoga umee kuat dan semoga segalanya berjalan dengan lancar!!!

Dan umee juga berharap agar umee didalam golongan org yang bersyukur atas apa jua keadaan. Dan tak lupa juga... umee masih mengharapkan, agar umee masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ini lagi dan masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan lepas dan meneruskan melakukan semua kebaikan atas setiap saat yg umee lalui selepas ini.. in shaa allah...

#bersyukur #redha #iniTakdirku #husnuzon

Salam sayang,
Umee....